Pages

Sunday, August 29, 2010

Malam Seribu Bulan

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah kita akan menghampiri fasa yang terakhir dalam bulan Ramadhan iaitu bebas daripada api neraka.Dalam 10 malam yang terakhir ini telah dijanjikan satu rahmat yang amat besar iaitu Lailatul Qadar sepertimana firman Allah dalam surah al-Qadr,ayat 1-5:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.


...kejarlah Lailatul Qadar selagi masih ada kesempatan...
...jangan biarkan ruang-ruang kerugian menerpa hidup kita...


Wallahu'alam..


Friday, August 27, 2010

kejahatan dibalas

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap manusia pernah melalui saat-saat keperitaan tatkala diperlakukan perkara yang tidak baik/jahat oleh seseorang.Ia merupakan salah satu norma kehidupan kita.Ketika kita berdepan dengan masalah tersebut,apakah yang akan kita lakukan?

Adakah kita akan membalas kejahatan tersebut dengan kejahatan juga?

Supaya masing-masing dapat merasai keperitan bersama atau merasa puas...

Terlalu banyak contoh kejahatan di dunia ini.Saya cuma ingin menceritakan satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran..insyaAllah..

Si A telah kehilangan jam tangan yang selama ini menjadi teman setia hidupnya.Jam tangan tersebut merupakan pemberian yang amat berharga oleh Allahyarhamah bonda tercintanya.Setelah diperiksa dengan teliti,banyak bukti kukuh dan saksi benar yang menunjukkan bahawa si Z adalah orang yang telah merosakkan jam tangan tersebut sehingga tidak dapat ‘diselamatkan’ lagi.Lalu,si A berjumpa si Z dengan membawa sesuatu di tangannya.

A : Assalamualaikum Z.Pa kbr ni hari?

Z : Ermm,waalaikumussalam.Sihat-sihat saja bha aku ni.Ada apa ni tetiba jmpa aku?

A : Oh.Saja tnya kbrmu.Kita kan lama sudah jd kawan.Ada bha ni saya mau bg sesuatu sama Z.

Z : Apa dia tu?

A : Ni hadiah sempena hari jadi Z baru-baru ni.Maaflah lambat bagi hadiah sama Z.

Z : Hehe.Ko ni susah-susah diri ko ja bha.Anyway,terima kasih banyak.

A : Sama-sama kasih Z.Moga ianya bermanfaat buat diri Z.

Z : Ok bha kalau ko.

Si Z dengan segera membuka hadiah tersebut.Alangkah terperanjatnya si Z apabila benda yang dilihat di depan matanya adalah jam tangan yang selama ini dia impikan.Dan yang membuatkan si Z lebih terharu adalah jam tersebut adalah hasil pemberian oleh rakan yang amat si Z tidak sukai disebabkan si A memiliki kelebihan tertentu yang menjadikan si Z kurang mendapat perhatian oleh orang sekelilingnya.Tujuan sebenar si Z merosakkan barang milik si A adalah untuk membuatkan diri si A menderita atas kehilangan tersebut dan hilang tumpuan dalam pembelajaran.



Alhamdulillah..dengan izin Allah..perkara tersebut telah memberi kesan yang mendalam buat si Z.Si Z benar-benar insaf dan bertaubat kepada Allah.Si Z juga telah mengakui kejahatannya dan memohon maaf daripada si A.Si A dengan hati yang terbuka memaafkan si Z.Akhirnya,si A dan si Z telah menjadi sahabat karib yang sering berganding bahu dalam gerak kerja dakwah dan juga akademik.Susah senang senantiasa diharungi bersama.

Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia.Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.(Fussilat:34-35)

Berapa ramaikah daripada kita yang sanggup melakukan hal yang sama seperti kisah di atas???

Balaslah kejahatan dengan kebaikan..insyaAllah akan memberi manfaat kepada si pelaku dan orang yang diperlakukan termasuk juga orang lain..

Wallahu'alam...


Sunday, August 22, 2010

berapa minggu sudah???


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kami telah diberi penempatan untuk menjalankan community posting di klinik kesihatan terbesar di daerah Kota Kinabalu...

Tempoh hanya seminggu yang diperuntukkan menjadikan kami bertungkus-lumus mencari peluang untuk melakukan beberapa prosedur/rawatan yang berkaitan dengan kesihatan ibu dan anak serta menimba seberapa banyak pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar...



Memang banyak benda baru yang telah kami pelajari di sana terutama sekali mengenai penjagaan/rawatan bagi ibu-ibu yang berbadan dua...

Sudah menjadi rutin harian dan tanggungjawab para jururawat mendapatkan maklumat tentang kesihatan ibu dan juga kandungannya dan melakukan pemeriksaan fizikal bagi ibu-ibu yang datang ke klinik...

Setiap rekod kesihatan ibu akan dibuat dalam dua salinan...Satu salinan (buku berwarna pink) akan disimpan oleh pihak klinik dan satu salinan (buku berwarna putih) lagi disimpan oleh para ibu...

Dalam rekod tersebut,terteranya perkataan LMP dan EDD di muka hadapan...Apakah maksud perkataan tersebut ?

LMP (last menstrual period) : hari pertama datang haid untuk bulan terakhir datang haid dan bukannya hari terakhir datang haid dalam bulan itu...

EDD (expected delivery date) : tarikh jangkaan kelahiran...

LMP adalah benda penting yang akan ditanya oleh para jururawat..sebab daripada LMP,kita dapat mengetahui minggu kehamilan dan tarikh jangkaan kelahiran..

Jadi,kaum Hawa haruslah sentiasa mencatat tarikh ataupun tandakannya di kalender setiap kali datang haid pada hari pertama...

Bagi yang belum lakukan,mulakanlah dari sekarang...tidak semestinya untuk orang yang sudah berkahwin sahaja...

Ini penting untuk kita mengetahui sama ada kitaran haid kita sekata ataupun tidak..senang untuk kita kenalpasti lebih awal sekiranya ada masalah perempuan...



Alat di atas lebih sinonim dengan panggilan roda impian di klinik..Ia memudahkan para jururawat untuk mengetahui minggu kehamilan dan tarikh jangkaan kelahiran dengan lebih cepat tanpa perlu membuat pengiraan disebabkan kedatangan para ibu yang ramai ke klinik...

Bagi kami yang masih pelajar,wajib untuk kami mengira secara manual tanpa menggunakan alat tersebut...


POG (period of gestation) : minggu kehamilan

1/52:1 minggu

1/7:1 hari

Formula:-

3 bulan : 13/52

2 bulan : 8/52

1 bulan : 4/52

Contoh 1 :

LMP Puan S adalah 17/03/2010.Berapakah tempoh kehamilannya pada hari ini (22/08/2010)?

17/03/2010

17/04/2010

17/05/2010 } 13/52

17/06/2010

17/07/2010 } 8/52

17/08/2010

22/08/2010


Minggu:13+8=21
Hari:22-17=5
Jawapan:21/52+5/7 (21 minggu 5 hari)

Contoh 2:

LMP Puan F adalah 24/12/2009.Berapakah tempoh kehamilannya untuk hari ini (22/08/2010)?


24/12/2009

24/01/2010

24/02/2010 } 13/52

24/03/2010

24/04/2010

24/05/2010 } 13/52

24/06/2010

24/07/2010 } 4/52

__________


22/08/2010

Minggu:13+13+4=30
Hari:Oleh sebab 24/8/2010 belum sampai,jadi (31-24=7) sebab bulan 7 ada 31 hari.Baki 7 hari itu tambah dengan jumlah hari dalam bulan 8 yang sampai hari ini sahaja.(7+22=29).Sudah ada 29 hari.Tukarkan 29 hari kpd minggu.(29 bahagi 7=4minggu 1 hari). 4minggu + 30 minggu yg di atas = 34 minggu

Jawapan:34/52+1/7 (34 minggu 1 hari)

Apabila tinggi rahim diukur dalam cm,hampir semua ibu mempunyai ukuran yang sama dengan minggu kehamilan..
Contohnya,ibu yang sedang dalam tempoh 34 minggu 1 hari kehamilan mempunyai ukuran tinggi rahim sebanyak 34cm..
Subhanallah...uniknya ciptaan Allah..

"Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina (mani),
kemudian Kami letakkan ia ditempat yang kukuh (rahim),
sampai waktu yang ditentukan,
lalu Kami tentukan (bentuknya),maka (Kamilah) sebaik-baik yang menentukan.
(Al-Mursalat:20-23)




EDD (Expected Delivery Date) : Tarikh Jangkaan Kelahiran


Bulan Januari – Mac :-

+7 hari +9 bulan

Contoh:

LMP : 17/03/2010

17.03.2010

+ 7 .+9______

24 .12.2010

EDD: 24/12/2010

Bulan April – Disember

+7 hari -3 bulan +1 tahun

Contoh:

LMP : 22/08/2009

22.08.2009

+7. -3. +1

29.05.2010

EDD: 29/05/2010


Tidak semestinya bayi itu lahir tepat pada tarikh yang dirancang sebab ini adalah jangkaan kelahiran sahaja..Jangkaan ini penting untuk mengetahui sama ada bayi tersebut kurang,cukup atau terlebih bulan...


"kita hanya merancang,Allah yang menentukan"


Wallahu'alam...



Friday, August 20, 2010

Bertawakkallah kepadaNya...


Bismillahirrahmanirrahim...

"ms tau kmu sembahyang,tp kenapa mesti di tuaran jg tmpt yg kmu pergi.dahlah esoknya kmu exam.kmu jalan jauh2 lg pergi sana.kalau ada apa2 berlaku mlm sblm exam tu sampai kmu tdk ready atau tdk sempat utk exm,sapa yg susah?kalau apa2 terjadi dan kedapatan oleh prof,kmu mau digantung pengajian?buat rugi duit mama bapa kmu nnti.skrg ni revision week. ms tdk mau ada sesiapun yang pulang kg dan keluar dari area kolej kediaman.kmu sepatutnya belajar dan bukan berjalan-jalan.lepas ini ms tdk mau lg dgr ada yg jln2 time revision week.kalau msh ada yg berani buat begitu lg,kmu tanggunglah akibatnya nnti"


Sedih..terkilan..selepas dilemparkan kata-kata sedemikian dgn nada yg agak keras dan tinggi oleh salah seorang lecturer di hadapan satu kelas... Teguran yang memberi maksud larangan untuk berjalan keluar ketika minggu belajar terus meresap ke dalam minda dan hati...

Minda terus berputar...berfikir dan hati sama-sama memahami...mencari hikmah disebaliknya...

Adakah menjadi kesalahan sekiranya kita ingin menziarahi orang yang baru kehilangan insan tersayang bagi sama-sama mengutus doa buat Allahyarham dan meringankan kesedihan keluarganya di tempat yang agak jauh walaupun kita akan berdepan dengan peperiksaan penting keesokan harinya????


Maaf atas pernyataan di atas.Saya tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak dan bukan juga berniat menghebohkan atau meluahkan situasi ini kepada kalian. Kerana luahan yang terbaik adalah luahan kepada Allah Yang Maha Mendengar...

Saya sekadar ingin berkongsi dan mengajak kalian berfikir tentang hikmah disebalik kejadian ini...


Bagi saya,memang wajar seorang pensyarah menegur dan menasihatkan anak didiknya supaya tidak berjalan malam terutama sekali di saat-saat menghadapi peperiksaan kerana beliau mementingkan keselamatan anak didiknya..

Namun,apa yang mengecewakan ialah perkara baik yang seharusnya dilakukan dan melibatkan keagaamaan turut ditegah oleh beliau...


Pensyarah tersebut memang bukan orang yang beragama Islam dan beliau tidak memahami Islam dengan baik...Jadi,kita tidak boleh menyalahkan 100% terhadapnya...Sebaliknya,kita yang perlu mengambil iktibar daripada teguran tersebut...Sama ada kita akan terus mengikut tegurannya dengan tidak menghadiri apa-apa aktiviti atau ilmu keagamaan di saat-saat akhir peperiksaan atau mengabaikan teguran tersebut demi mencari keredhaan Allah..

Apa yang saya ingin tekankan di sini bukan mengenai pensyarah tersebut.Tetapi tentang TAWAKAL kita kepada Allah...


Tawakal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah untuk mendapatkan kemashlahatan serta mencegah bahaya, bersangkutan dengan urusan dunia mahupun akhirat. Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa tawakal bermakna percaya sepenuhnya kepada Allah.


Allah berfirman dalam Surah Ath-Thalaaq ayat 2-3;


"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
"

____________________________________________________________________________

Saya dan rakan-rakan yang menghadiri kenduri tersebut sedar bahawa berjalan pada waktu malam itu tidak baik untuk keselamatan kami.Tetapi, kami yakin bahawa Allah akan sentiasa melindungi keselamatan dan mempermudahkan hamba-hambaNya menghadapi peperiksaan sekiranya niat perjalanan kita adalah untuk mencari keredhaan Allah...Yang penting kita mesti berdoa,pastikan kenderaan selamat digunakan,pandu cermat dan jalan secara berkumpulan terutama sekali muslimat...

Alhamdulillah,tiada apa-apa masalah yang berlaku sepanjang perjalanan kami dan kami dapat menjawab peperiksaan dengan baik...

____________________________________________________________________________

Masih ramai mahasiswa/siswi yang lebih takut untuk gagal dalam exam berbanding takutnya kepada Allah..

Melebihkan pembelajaran hingga lupa kewajipannya sebagai hamba Allah terutama sekali solat...

Ada juga yang menolak untuk menghadiri majlis ilmu atau aktiviti keagamaan kerana ingin menggunakan masa seadaya untuk persediaan exam semata-mata...

Bagi mereka yang faham akan perjuangan Islam,mereka tidak gentar akan peperiksaan walaupun mereka sibuk memperjuangkan Islam kerana mereka yakin bahwa Allah akan sentiasa menolong mereka..

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Muhammad:7

Kita juga sebenarnya tidak boleh bertawakal kepada Allah semata-mata tanpa perlu berusaha...

Dalam exam,kita perlu juga untuk mengulangkaji walaupun tidak sempat merangkumi semua topik yang telah dipelajari sekiranya kita sibuk menguruskan hal-hal keagaamaan...InsyaAllah sedikit topik yang sempat kita pelajari itulah yang keluar dalam exam...

Oleh itu,marilah kita bersama-sama sentiasa menghadiri majlis ilmu dan aktiviti keagamaan selagi kita mampu dan meningkatkan tawakal kepada Allah dalam apa jua keadaan...

___________________________________________________________________________

Alhamdulillah,teguran tersebut sebenarnya telah meningkatkan semangat kami untuk membuktikan bahawa orang-orang Islam itu lebih cemerlang berbanding 'mereka' dan orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya...

Selamat menduduki peperiksaan untuk modul yang seterusnya pada hari sabtu ini buat rakan-rakanku yang dikasihi Allah sekalian...

______________________________________________________________

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat Allahyarham pak cik Bakri yang baru kembali ke rahmatullah..Allahyarham merupakan bapa kepada adik Zakir,salah seorang junior di sekolah saya...

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati......"(Ali 'Imran:185)

Wallahu'alam.....