Pages

Wednesday, December 28, 2011

Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH akan menjagamu


Bismillahirrahmanirrahim

Ketika bersungguh-sungguh mengikuti pertandingan, ada individu tertentu dalam diam tergamak ingin melakukan keputusan berat sebelah...

Ketika ingin menikmati hirupan air kopi yang baru dibelinya, rupa-rupanya seekor lipas sedang menyelam di dalam airnya tanpa disedari...

Ketika si ibu sibuk menyediakan juadah tengahari di dapur, anak kecilnya sedang ligat bermain gunting di ruang tamu...

Ketika memandu dengan penuh cermat , tidak disangka ada kenderaan yang meluru keluar secara tiba-tiba...

Ketika bersendirian melalui jalan yang sunyi, bersembunyi seorang pencuri di sebalik tiang...

Mampukah kita mengelak, menghindari atau menolak bakal bahaya, kecelakaan dan kemudaratan tersebut dengan sendirinya?

Tentu sekali kita tidak mampu kerana kita tidak memiliki kuasa luar biasa yang boleh menjadi benteng segala panahan tajam tersebut.

Siapakah yang mampu menghalangnya daripada terus terjadi?

Dialah Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Melindungi, Maha Membela, Maha Mengawasi, Maha Memelihara.

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Bagaimana cara untuk kita jaga/pelihara Allah?

Kita perlu jaga/pelihara hak Allah.

Apakah hak Allah yang perlu kita jaga?

Ingatlah ada 2 perkara utama yang perlu kita jaga.

1) Segala larangan Allah wajib ditinggalkan habis-habisan.

2) Segala suruhan Allah dilakukan bersungguh-sungguh dengan sebaik-baiknya.

“Wahai manusia! Kamulah yang

memerlukan ALLAH, dan ALLAH DIAlah

Yang Maha Kaya (tidak memerlukan

sesuatu), lagi Maha Terpuji.”

(Fatir:15)

Wallahu 'Alam


Tuesday, December 27, 2011

bidalan 3


lautan yang dalam sudah diselami,
inikan pula air terenang


orang yang sudah biasa membuat pekerjaan yang sukar dan sulit,
tidak akan berasa khuatir menghadapi pekerjaan kecil dan mudah

Monday, December 26, 2011

think of it deeply



this message is not only for boys, but also for girls

Wednesday, December 21, 2011

bidalan 2

adakah dari telaga yang jernih
akan mengalir air yang keruh?


tutur kata dan perangai yang keji
tidak akan terbit
daripada orang yang tinggi budi pekertinya

Sunday, December 18, 2011

i'm falling in love

Bismillahirrahmanirrahim....

i think we are familiar with this love proverb..

eating not full
sleeping not well
bathing not wet

this situation might happen for those who are extremely 'angau'...
Astaghfirullahal 'Azim, we as a .Muslim, please never be like this...
having special feeling towards any different gender is definitely a part of human nature...
we can't deny it...but, be aware!
never let this feeling impairs our relationship with Allah, parents & other people..
indeed, i am also not been excluded in this matter..


Ya Allah, if I fall in love,

Put my love in someone who has harbored his love in You,

so I will gain more strength in loving You.


Ya Muhaimin, if I fall in love,

take care of my love on him

so it won't exceed my love to You.


Ya Allah, if I fall in love,

let me touch his heart whose heart is hooked on You,

so I won't fall in such false love.


Ya Rabbana, if I fall in love,

take care of my heart on him

so I won't turn away from You.


Ya Rabbul Izzati, if I'm missing him,

let me miss him who miss syahid in Your way.


Ya Allah, if I'm missing him,

take care of my longing on him

so I won't forget to miss Your heaven.


Ya Allah, if I enjoy Your lover's love,

don't let that enjoyment exceed the enjoyment

to pray for You in the last third of the night


Ya Allah, if I fall in love with Your lover,

don't let me fall and be cripple in a long journey

to call humans to be in Your way


Ya Allah, You know that these hearts has united in Your love, has met the enjoyment of obeying You, has united in Your faith. Strengthen their bonds, make their loves eternal, show their way, fill these hearts with Your never fading light. Pour having faith to You to in our hearts, and the beauty of being on the straight way of Yours.

...Amin ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, December 13, 2011

tawar-menawar

Bismillahirrahmanirrahim..

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui".
Al Baqarah:261

Selalunya, orang akan menderma di masjid, surau atau badan kebajikan. Sebenarnya, ada banyak lagi medium yang disediakan Allah untuk beramal tetapi orang terlepas pandang. Antaranya urusan jual-beli.

credit

Kalau beli apa-apa barang dengan peniaga muslim, tak perlu tawar-tawar lagi harganya.

Sebabnya, kita kena niat nak bantu ekonomi orang Islam.

Malah, sifat pemurah dapat dipupuk dengan bersedekah kepada mereka.

Kalau baki duit yang diberikan tak cukup, tak payah nak minta lagi.

Bagi saja dengan mereka dan halalkanlah.

Makin banyak kita beri, makin banyak kita dapat. InsyaAllah.


"tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah, bertambah."
(HR at-Tirmidzi)

Wallahu'Alam..

Sunday, December 4, 2011

bidalan 1


"buruk-buruk kayu gaharu,
dibakar berbau juga"


seseorang yang baik atau berpelajaran,
walau miskin sekalipun,
namanya tetap menjadi sebutan dan contoh teladan

Saturday, December 3, 2011

jangan mudah putus asa, bersabarlah dan terus berdoa


Alhamdulillah, baru-baru ni ada terbaca satu artikel yang betul-betul menyentuh jiwa kat salah satu blog sahabat. Rasanya elok juga sekiranya dapat dikongsikan di sini. Moga kalian memperoleh kesedaran dan iktibar daripada kisah tersebut, insyaAllah.

Di sebuah kampung pedalaman Tanah Jawa, ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Rutin hariannya ialah membuat tempe hasil air tangannya sendiri & menjualnya di pasar. Ia merupakan satu-satunya mata pencarian untuk menyara hidupnya.

Pada suatu pagi, seperti biasa ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba beliau tersedar tempenya yang dihasilkan daripada kacang soya masih belum menjadi. Kebiasaannya, tempe beliau akan menjadi sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yg lain. Ternyata, memang kesemuanya masih belum menjadi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih kerana tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dengan perasaan yang sedih, beliau yang memang kuat beribadah teringat bahawa Allah SWT berkuasa melakukan perkara-perkara yang mustahil. Lalu beliau terus mengangkat kedua tangannya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Beliau sangat yakin bahawa Allah pasti mengkabulkan doanya. Dengan tenang, perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe itu menggunakan hujung jarinya dan beliau pun membuka sedikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.

Namun, beliau termenung seketika kerana kacang soya itu masih tetap kacang soya. Beliau masih tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya masih belum dikabulkan. Maka beliau pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini menjadi tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran beliau sekali lagi membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yg terjadi? Beliau termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu.

Hari pula semakin meninggi. Sudah tentu pasar mula didatangi ramai orang. Beliau tetap tidak kecewa atas doanya yg belum termakbul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi, beliau bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu bertawakal kepada Allah SWT dan meneruskan perjalanannya menuju ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan menjadi.

Beliau berfikir mungkin keajaiban Allah SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya utk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu beliau pun berangkat. Di sepanjang perjalanan beliau tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera beliau meletakkan barang-barangnya. Hatinya benar-benar yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar, beliau pun membuka bakulnya dan menekan-nekan setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan beliau membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yg terjadi? Tempenya masih belum menjadi. Beliau muram seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan.

Beliau merasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya. Inilah satu-satunya punca rezekinya iaitu hasil jualan tempe. Beliau akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya kerana beliau merasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Hari semakin hari semakin petang. Pasar sudah mulai sepi. Para pembeli sudah mula kurang. Beliau meninjau kawan-kawannya yang juga penjual tempe. Tempe mereka sudah hampir habis dijual. Beliau tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.

Namun, jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah SWT, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun beliau tahu bahawa pada hari itu beliau tidak akan mendapat pendapatan langsung, namun beliau tetap berdoa buat kali terakhir:

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba beliau dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya mak cik, saya ingin bertanya, mak cik ada menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum menjumpainya lagi."

Perempuan tua itu termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut kerana sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yg belum menjadi. Sebelum beliau menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat beliau berdoa di dalam hatinya:

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum beliau menjawab pertanyaan wanita itu, beliau membuka sedikit daun pembungkus tempenya. Alangkah seronoknya beliau, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi. Beliau sangat bersyukur kepada Allah SWT.

Wanita itu pun memborong kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, beliau sempat bertanya wanita itu: "Mengapa anak hendak membeli tempe yg belum menjadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi perlu membeli tempe separuh menjadi supaya apabila tempe itu sampai di England nanti akan menjadi tempe yg sempurna. Sekiranya dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya juga kurang sedap.

Perempuan tua itu yg masih dalam keadaan terkejut, mengalirkan air matanya kerana tidak menyangka bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT dan betapa sayangnya Allah SWT pd hambaNya & memberikan pertolongan kepada hambaNya.

Tempe yang tidak menjadi, difikirkannya sebagai satu keburukan akhirnya menjadi satu kebaikan. Perempuan tua itu menadah tangan tanda syukur, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hikmah yang kita sendiri tidak dapat fikirkan dan berada di luar jangkaan kita. Dalam diam beliau berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah SWT.

Pengajaran:

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah SWT sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg kita perlukan dan apa yg terbaik buat diri kita. (Perlu YAKIN dgn PERTOLONGAN ALLAH)

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yg lemah. Jangan sekali-kali berputus asa sekiranya apa yang dipinta belum kesampaian. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah SWT.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." [Al Baqarah:117]


Sumber: http://mujahidahwana.blogspot.com/2011/11/orang-jawa-suka-tempe.html

Wednesday, November 30, 2011

taking care of baby






Monday, November 28, 2011

jom ajak orang makan sama-sama



Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang
dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang
dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, November 26, 2011

1 Muharram 1433H



Thursday, November 24, 2011

Surah AL-Kahfi


"Sesiapa menghafaz 10 ayat daripada awal surah Al-Kahfi,
dipelihara daripada kejahatan Ad-Dajjaal."
(Riwayat Muslim)


Daripada Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat".

Tuesday, November 22, 2011

berilah apa yg paling kita cintai



"Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" (Ali 'Imran:92)


Sunday, November 20, 2011

terima kasih


"barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,
maka dia tidak berterima kasih kepada Allah"
(Riwayat Imam Tirmizi)


Kadang-kadang, manusia terlupa mengucapkan terima kasih sesama manusia. Baginya, perkara tersebut agak simple dan tak perlu adanya ucapan terima kasih.

Banyak perkara simple yang sering berlaku terutamanya dalam kalangan kita-kita yang tengah belajar ni sampai orang tak terfikir nak ucap terima kasih..

Selalunya ketua kelas/ kuliah/ group akan sampaikan apa-apa maklumat terkini kan..

Contohnya, macam ni...

'kelas kimia esok dibatalkan'
'kelas etika & akhlak seksyen 1 ditukarkan ke dkp .....'

dan macam-macam lagi la..

Ada kawan-kawan kita yang sampaikan info tersebut melalui sms. Jadi, ringan-ringankanlah tangan kita taip ucapan terima kasih buat mereka. Selain mereka dah tolong sampaikan maklumat, mereka juga dah korbankan credit mereka.

Selain tu, mesti anda pernah alami kejadian macam ini..

' orang itu tolong bukakan pintu sewaktu orang itu dan anda sama-sama berada di depan pintu untuk keluar atau masuk'
'orang itu tolong pass sesuatu barang kepada anda bilamana barang itu jauh dari anda'

Apa yang kita perlu buat? Ucaplah terima kasih..

Tapi, perlu diingatkan, setiap kali kita mendapat pertolongan atau bantuan daripada mana-mana insan, panjatkanlah pujian dan kesyukuran kita kepada Allah juga..Ucaplah Alhamdulillah..sepertimana yang kita selalu dengar atau baca dalam al-ma'thurat...


"Ya Allah! Nikmat apa sahaja yang aku peroleh di waktu pagi/petang hari atau daripada sesiapapun daripada makhlukMu sebenarnya daripadaMu yang Esa tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan kesyukuran"


p/s: terima kasih buat semua photographer dan designer untuk semua very interesting pictures yang diletakkan kat dalam blog nie..alhamdulillah..

Monday, August 29, 2011

SaLaM LeBaRaN



Monday, August 8, 2011



...SALAM BULAN TARBIYYAH...

jadikan bulan Ramadhan ini latihan untuk kita meningkatkan & memantapkan amal ibadah serta menghindarkan diri daripada segala dosa & maksiat

usah biarkan semangat ini hanya membara pada bulan Ramadhan sahaja

teruskanlah segala usaha yang dilakukan ke bulan-bulan yang lain

TARGET UTAMA

mohon KEAMPUNAN daripada Allah atas segala dosa yang telah dilakukan

kerana orang yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan adalah orang yang amat rugi

REBUT PELUANG

semoga kita menjadi 'tetamu' lailatul qadar, insyaAllah

Sunday, July 17, 2011

Doa Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran


Bismillahirrahmanirrahim...

Sering cepat marah, mudah melenting...Mari amalkan doa ini...

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji & kesejukan & air yang sejuk.
Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran."

(Riwayat al-Tirmizi no.3556, hasan sahih gharib)



Keterangan dan Petua Beramal

Menurut Imam al-Tirmizi, daripada Ahmad bin Ibrahim al-Dawraqi, daripada Umar bin Hafas bin Ghiath, daripada bapaku, daripada Hassan bin 'Ubaidillah, daripada 'Atha' bin al-Sa'ib, daripada Abdillah bin Abi Aufa, bahawa Nabi s.a.w. berdoa dengan doa di atas untuk mengawal diri daripada sifat panas baran.

Tujuan beramal dengan doa ini ialah supaya mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara luar jangkaan akibat kegagalan mengawal emosi marah yang memuncak.

Imam al-Ghazali membincangkan sifat marah ini menerusi perbincangan tentang sifat mazmumah. Sifat mazmumah ini biasanya berpunca daripada hati yang kotor sehingga beranggapan dirinya sempurna dan orang lain serba kurang. Justeru, dia sentiasa memperlekehkan orang lain.

Antara saranan Nabi s.a.w. agar mengurangkan risiko marah itu ialah dengan berta'awwuz daripada gangguan syaitan (mengucap a'uzubillahi minassyaitonirrajim), mengambil wuduk dan mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk, daripada duduk kepada berbaring. InsyaAllah, dengan cara demikian dapat mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih buruk.

Wallahu 'Alam...

Thursday, June 30, 2011

pohon 'anggur' yg akan ditangkas



Alhamdulillah, setelah 4 bulan menjalankan pembajaan pohon 'anggur' di rumah, akhirnya pemangkasan (pruning) akan dilakukan mulai esok bersamaan hari Jumaat, 1 Julai 2011/29 Rejab 1432H. Mudah-mudahan, proses pembungaan dan pembuahan 'anggur' akan berhasil dengan jayanya, InsyaAllah.

p/s : Harap kalian faham di sebalik maksud 'anggur' ini...:)

Wednesday, June 29, 2011

............hayatilah................



Sunday, June 26, 2011

kubur masing-masing



Amat sombong mereka yang menolak habis-habisan setiap nasihat atau teguran sambil mengungkapkan 'hey,kubur masing-masing'....

Kalau begitu, ketika nyawa dicabut kelak....
mandilah,
balutlah,
solatlah,
timbuslah tanah,
masuklah ke dalam tanah
dengan sendirinya...

-na'uzubillah-

Wednesday, June 8, 2011

Wash Them First

This incident happened recently in North Texas...

A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat...



On Monday, she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit (ICU)...

She died on Wednesday...

The autopsy concluded she died of Leptospirosis...

This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass...

Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis...

Rat urine contains toxic and deadly substances...

It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of all soda cans before drinking out them...

The cans are typically stocked in warehouse and transported straight to the shops without being cleaned..

So, wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident...

p/s : Buat penggemar minuman tin, silalah minum menggunakan straw atau gelas..lagi nampak sopan..dan tak perlu susah-susah nak teguk..ingat, sebelum minum cuci dahulu tin minuman dan jgn lupa baca doa..paling penting sekali adalah minuman berkarbonat tidak baik untuk kesihatan kita..sekian..


Monday, May 30, 2011

air mata TAUBAT



...Allah mengira setiap titisan air mata taubatmu...
...Air mata taubatmulah yang memadam api neraka...

Thursday, May 26, 2011

ada apa dengan 28 MEI & 16 JULAI???

Istiwa A’zamKedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A'zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak arah qiblat dengan tepat?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [KLIK SINI].

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

- http://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam/

Apalagi, jgn lepaskan peluang ini untuk memastikan arah qiblat kita dengan tepat...

Cuba check kalendar masing-masing, kedua-dua tarikh ni jatuh pada hari yang sama...

Untuk tahun ni, ia berlaku pada hari Sabtu...

SubhanAllah, hebatnya ciptaan dan aturan Allah..


Thursday, May 19, 2011

kanak-kanak mati tercekik


Suatu hari, seorang kanak-kanak yang berumur setahun lebih dikejarkan ke hospital di jabatan kecemasan. Anak kecil ini menunjukkan simptom kesukaran bernafas dan hanya mampu menangis.


Tanpa melengahkan masa, saya meneropong ke bahagian salur pernafasan untuk melihat apa yang berlaku. Setelah diselidiki, rupa-rupanya sebiji guli tersekat di kerongkong kanak-kanak tersebut.

Saya segera menghubungi doktor pakar untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan guli itu. Namun, doktor pakar tidak datang. Dia hanya menugaskan dua orang medical officers untuk meninjau keadaan kanak-kanak itu.

Malangnya, kanak-kanak ini tidak dapat diselamatkan dan meninggal di jabatan kecemasan. Oleh itu, saya perlu membuat incidence report kerana anak kecil ini meninggal dunia pada waktu saya bertugas.

Mesyuarat tergempar terpaksa dijalankan rentetan daripada tragedi tersebut. Hasil daripada mesyuarat mendapati bahawa tragedi tersebut berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital sendiri disebabkan ketidakhadiran doktor pakar itu untuk merawat.

Amat menyedihkan, doktor pakar ini masih tidak mengendahkan hal yang telah berlaku dan tidak merasa bersalah. Ibubapa kanak-kanak ini bercadang untuk menyaman pihak hospital. Alhamdulillah, setelah saya menjelaskan keadaan sebenar dan menenangkan ibubapa tersebut, saman tidak dilakukan.

6 bulan kemudian...

Datang seorang kanak-kanak dengan masalah yang lebih kurang sama. Kanak-kanak itu tertelan duit syiling. Saya terus menghubungi doktor pakar. Kali ini, doktor pakar tersebut datang tetapi agak lewat.

Akibatnya, kanak-kanak ini meninggal dunia sebelum doktor pakar itu tiba. Biasanya, ibu bapa pesakit yang akan menangis apabila kehilangan anak mereka dan kakitangan hospital hanya memberi sokongan moral. Tetapi, doktor pakar ini yang menangis.

Adakah kerana dia rasa bersalah dan menyesal disebabkan kelewatannya tiba untuk memberi perawatan???

Jawapannya, mungkin itu adalah salah satu sebab. Namun, sebab yang utama adalah kerana kanak-kanak yang meninggal itu adalah anak doktor pakar itu sendiri.

Kisah ini bukan rekaan semata-mata ya.
Tetapi, pengalaman benar seorang doktor mulia yang saya dengari dan hayati di slot Motivasi Pagi @ ikim.fm.
Siapakah beliau?
Beliau adalah Dr Jamnul Azhar Mulkan.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai beliau, bolehlah merujuk dengan Tuan Google.

Apa yang ingin disampaikan oleh beliau adalah hidup kita ini bergantung dengan apa yang kita beri atau lakukan dengan orang lain.

Kalau BAIK yang kita beri, BAIK jugalah yang kita akan dapat..
Kalau JAHAT yang kita beri, JAHAT jugalah yang kita akan dapat..

Atau dengan kata lain, "WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK"

Memang manusia tidak mampu membalas, tapi Allah ada untuk membalasnya.


Layanlah semua orang dengan baik.
Berkasih-sayanglah antara satu sama lain.
Bersikap adillah dalam segala aspek.

Sunday, May 15, 2011

Rahsia Di Sebalik Cara Makan Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang berpegang dengan sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan,
maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid"




Makan buah sebelum breakfast, lunch dan dinner
Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang mengambil buah-buahan selepas makan makanan berat sebagai pencuci mulut di majlis tertentu. Budaya ini telah diamalkan oleh orang barat sejak berkurun lamanya. Hakikatnya, amalan ini tidak baik untuk kesihatan kita. Pakar pemakanan menyatakan bahawa kandungan vitamin C dalam buah-buahan yang diperoleh oleh tubuh badan selepas makan adalah 0%. Hal ini kerana kandungan vitamin ini semakin berkurangan saat badan kita sibuk mencerna makanan berat yang kita makan sebelumnya. Oleh itu, jadilah orang pertama yang mengubah tradisi dengan menikmati buah-buahan terlebih dahulu supaya menjadi ikutan buat orang lain di suatu majlis.

Jangan minum air semasa makan
Saya pasti ramai antara kita pernah mengalami perut buncit. Nak tahu kenapa? Hah, perut buncit terjadi disebabkan sistem penghadaman yang kurang baik kerana minum air semasa makan. Dalam proses penghadaman kita, terdapat enzim yang membantu untuk mencernakan makanan. Air yang diminum ketika makan menyebabkan kepekatan enzim ini berkurang dan menjejaskan keberkesanannya. Jadi, minumlah air sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum dan selepas makan.

Jangan bernafas ke dalam air ketika minum
Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah mengeluarkan CO2 (carbon dioxide. Kemudian, bilamana CO2 ini bercampur dengan air, ia akan menghasilkan H2CO3 (carbonic acid) yang boleh disamakan dengan cuka. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman. Na'uzubillah...

Jangan meniup air yang panas
Rasionalnya sama juga seperti pernyataan di atas iaitu mengeluarkan CO2. Rasulullah juga tidak menggemari makanan/minuman yang sangat panas kerana tiada barakahnya dan diibaratkan seperti memakan api. Justeru, biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya dan bersabarlah untuk menikmatinya.

Kunyah makanan secara perlahan-lahan dengan mulut yang tertutup rapat
Masih ramai yang makan dengan mulut ternganga sehingga ada yang mengeluarkan bunyi, menimbulkan ketidakselesaan orang sekeliling. Makan dengan mulut yang ternganga juga sebenarnya boleh mempamerkan peribadi kita yang kurang sopan, berkemungkinan akan disalahertikan. Oleh itu, makanlah dengan mulut yang tertutup tanpa menngeluarkan bunyi demi menjaga peribadi kita sebagai seorang Muslim yang beradab.

Makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu atau garpu dan jilat jari sesudah selesai
Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari. Oleh sebab itulah, Rasulullah mengajar kita makan menggunakan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan bagi mempercepatkan proses pencernaan. Usah malu untuk makan dengan tangan dan menjilat jari ketika di khalayak ramai. Tetapi, perlu diingatkan...jangan lupa membasuh tangan sebelum dan selepas makan..serta berpada-padalah dalam menjilat jari supaya orang yang melihatnya tidak berasa geli.

Makanan darat tidak boleh bercampur dengan makanan laut
Kebanyakan majlis menghidangkan dua jenis makanan iaitu makanan darat (ayam, lembu, kambing dll) dan laut (ikan, sotong, udang dll). Hal ini adalah untuk memberi kemudahan bagi mereka yang tidak boleh menjamah salah satu jenis hidangan ini. Tetapi bagi seseorang yang boleh menikmati kedua-dua jenis makanan ini, seeloknya, ambillah satu jenis hidangan sahaja. Saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). Tindak balas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus. Nabi juga menegah kita makan ikan bersama susu kerana susu terhasil daripada ternakan darat.

Dinner sebelum maghrib menjelang
Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib. Ini kerana otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan. Sekiranya makan malam pada jam 8 pm, kira-kira jam 10pm baru dapat belajar dengan baik dan kebanyakannya hanya boleh bertahan hingga jam 12am...jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan jam 6pm (waktu sabah)...so, which one is the best???..


...Makan untuk Hidup...
...bukan Hidup untuk Makan...


Wednesday, May 4, 2011

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

Bismillahirrahmanirrahim...


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."


Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulama' berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.


Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW:

"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardhukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."


6 seksaan di DUNIA
-dikurangkan berkat umurnya
-disempitkan rezekinya
-dihilangkan tanda cahaya soleh dari raut wajahnya
-tidak mendapat tempat di dalam Islam
-tidak dikira amal kebajikannya (tidak mendapat pahala)
-tidak diterima doanya

3 seksaan ketika MENGHADAPI KEMATIAN
-mati dalam keadaan yang amat hina
-mati dalam keadaan yang amat lapar
-mati dalam keadaan yang amat dahaga (walaupun telah diberi air minuman yang banyak)

3 seksaan di ALAM KUBUR
-disempitkan kuburnya
-digelapkan kuburnya
-diseksa sehingga Hari Kiamat

3 seksaan ketika BERTEMU ALLAH
-dibelenggu oleh Malaikat pada Hari Kiamat
-tidak dipandang dengan belas ihsan oleh Allah
-tidak diampunkan dosanya bahkan diazab di dalam neraka dengan seksaan yang amat pedih


Mesti kalian sudah pernah atau banyak kali membaca/mendengar 15 seksaan yang sering diwar-warkan..Tapi,mengapa masih ramai yang masih meninggalkan solat??..Apakah puncanya & bagaimana kita mahu membendungnya??..

Puncanya adalah kurang/hilangnya rasa TAKUT kepada Allah & azabNYA..bagaimana rasa takut ini boleh berkurang/hilang??..jawapannya,hati sudah menjadi kotor kerna dipenuhi dengan dosa kekotoran yang wujud daripada ceteknya ilmu pengetahuan agama..

Sebab itu makanan rohani perlu sentiasa disediakan dengan mendalami banyak ilmu-ilmu agama sebagai benteng daripada kita mendapat azab dari Allah..bahkan,amat penting untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain..nasihat yang diberi perlulah berterusan & konsisten walaupun sudah banyak kali diperkatakan kerana manusia itu mudah lupa dan mesti sentiasa diingatkan..

Ingatlah!!..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..

Moga kita menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..