Pages

Monday, May 30, 2011

air mata TAUBAT



...Allah mengira setiap titisan air mata taubatmu...
...Air mata taubatmulah yang memadam api neraka...

Thursday, May 26, 2011

ada apa dengan 28 MEI & 16 JULAI???

Istiwa A’zamKedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A'zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak arah qiblat dengan tepat?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [KLIK SINI].

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

- http://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam/

Apalagi, jgn lepaskan peluang ini untuk memastikan arah qiblat kita dengan tepat...

Cuba check kalendar masing-masing, kedua-dua tarikh ni jatuh pada hari yang sama...

Untuk tahun ni, ia berlaku pada hari Sabtu...

SubhanAllah, hebatnya ciptaan dan aturan Allah..


Thursday, May 19, 2011

kanak-kanak mati tercekik


Suatu hari, seorang kanak-kanak yang berumur setahun lebih dikejarkan ke hospital di jabatan kecemasan. Anak kecil ini menunjukkan simptom kesukaran bernafas dan hanya mampu menangis.


Tanpa melengahkan masa, saya meneropong ke bahagian salur pernafasan untuk melihat apa yang berlaku. Setelah diselidiki, rupa-rupanya sebiji guli tersekat di kerongkong kanak-kanak tersebut.

Saya segera menghubungi doktor pakar untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan guli itu. Namun, doktor pakar tidak datang. Dia hanya menugaskan dua orang medical officers untuk meninjau keadaan kanak-kanak itu.

Malangnya, kanak-kanak ini tidak dapat diselamatkan dan meninggal di jabatan kecemasan. Oleh itu, saya perlu membuat incidence report kerana anak kecil ini meninggal dunia pada waktu saya bertugas.

Mesyuarat tergempar terpaksa dijalankan rentetan daripada tragedi tersebut. Hasil daripada mesyuarat mendapati bahawa tragedi tersebut berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital sendiri disebabkan ketidakhadiran doktor pakar itu untuk merawat.

Amat menyedihkan, doktor pakar ini masih tidak mengendahkan hal yang telah berlaku dan tidak merasa bersalah. Ibubapa kanak-kanak ini bercadang untuk menyaman pihak hospital. Alhamdulillah, setelah saya menjelaskan keadaan sebenar dan menenangkan ibubapa tersebut, saman tidak dilakukan.

6 bulan kemudian...

Datang seorang kanak-kanak dengan masalah yang lebih kurang sama. Kanak-kanak itu tertelan duit syiling. Saya terus menghubungi doktor pakar. Kali ini, doktor pakar tersebut datang tetapi agak lewat.

Akibatnya, kanak-kanak ini meninggal dunia sebelum doktor pakar itu tiba. Biasanya, ibu bapa pesakit yang akan menangis apabila kehilangan anak mereka dan kakitangan hospital hanya memberi sokongan moral. Tetapi, doktor pakar ini yang menangis.

Adakah kerana dia rasa bersalah dan menyesal disebabkan kelewatannya tiba untuk memberi perawatan???

Jawapannya, mungkin itu adalah salah satu sebab. Namun, sebab yang utama adalah kerana kanak-kanak yang meninggal itu adalah anak doktor pakar itu sendiri.

Kisah ini bukan rekaan semata-mata ya.
Tetapi, pengalaman benar seorang doktor mulia yang saya dengari dan hayati di slot Motivasi Pagi @ ikim.fm.
Siapakah beliau?
Beliau adalah Dr Jamnul Azhar Mulkan.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai beliau, bolehlah merujuk dengan Tuan Google.

Apa yang ingin disampaikan oleh beliau adalah hidup kita ini bergantung dengan apa yang kita beri atau lakukan dengan orang lain.

Kalau BAIK yang kita beri, BAIK jugalah yang kita akan dapat..
Kalau JAHAT yang kita beri, JAHAT jugalah yang kita akan dapat..

Atau dengan kata lain, "WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK"

Memang manusia tidak mampu membalas, tapi Allah ada untuk membalasnya.


Layanlah semua orang dengan baik.
Berkasih-sayanglah antara satu sama lain.
Bersikap adillah dalam segala aspek.

Sunday, May 15, 2011

Rahsia Di Sebalik Cara Makan Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang berpegang dengan sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan,
maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid"




Makan buah sebelum breakfast, lunch dan dinner
Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang mengambil buah-buahan selepas makan makanan berat sebagai pencuci mulut di majlis tertentu. Budaya ini telah diamalkan oleh orang barat sejak berkurun lamanya. Hakikatnya, amalan ini tidak baik untuk kesihatan kita. Pakar pemakanan menyatakan bahawa kandungan vitamin C dalam buah-buahan yang diperoleh oleh tubuh badan selepas makan adalah 0%. Hal ini kerana kandungan vitamin ini semakin berkurangan saat badan kita sibuk mencerna makanan berat yang kita makan sebelumnya. Oleh itu, jadilah orang pertama yang mengubah tradisi dengan menikmati buah-buahan terlebih dahulu supaya menjadi ikutan buat orang lain di suatu majlis.

Jangan minum air semasa makan
Saya pasti ramai antara kita pernah mengalami perut buncit. Nak tahu kenapa? Hah, perut buncit terjadi disebabkan sistem penghadaman yang kurang baik kerana minum air semasa makan. Dalam proses penghadaman kita, terdapat enzim yang membantu untuk mencernakan makanan. Air yang diminum ketika makan menyebabkan kepekatan enzim ini berkurang dan menjejaskan keberkesanannya. Jadi, minumlah air sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum dan selepas makan.

Jangan bernafas ke dalam air ketika minum
Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah mengeluarkan CO2 (carbon dioxide. Kemudian, bilamana CO2 ini bercampur dengan air, ia akan menghasilkan H2CO3 (carbonic acid) yang boleh disamakan dengan cuka. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman. Na'uzubillah...

Jangan meniup air yang panas
Rasionalnya sama juga seperti pernyataan di atas iaitu mengeluarkan CO2. Rasulullah juga tidak menggemari makanan/minuman yang sangat panas kerana tiada barakahnya dan diibaratkan seperti memakan api. Justeru, biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya dan bersabarlah untuk menikmatinya.

Kunyah makanan secara perlahan-lahan dengan mulut yang tertutup rapat
Masih ramai yang makan dengan mulut ternganga sehingga ada yang mengeluarkan bunyi, menimbulkan ketidakselesaan orang sekeliling. Makan dengan mulut yang ternganga juga sebenarnya boleh mempamerkan peribadi kita yang kurang sopan, berkemungkinan akan disalahertikan. Oleh itu, makanlah dengan mulut yang tertutup tanpa menngeluarkan bunyi demi menjaga peribadi kita sebagai seorang Muslim yang beradab.

Makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu atau garpu dan jilat jari sesudah selesai
Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari. Oleh sebab itulah, Rasulullah mengajar kita makan menggunakan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan bagi mempercepatkan proses pencernaan. Usah malu untuk makan dengan tangan dan menjilat jari ketika di khalayak ramai. Tetapi, perlu diingatkan...jangan lupa membasuh tangan sebelum dan selepas makan..serta berpada-padalah dalam menjilat jari supaya orang yang melihatnya tidak berasa geli.

Makanan darat tidak boleh bercampur dengan makanan laut
Kebanyakan majlis menghidangkan dua jenis makanan iaitu makanan darat (ayam, lembu, kambing dll) dan laut (ikan, sotong, udang dll). Hal ini adalah untuk memberi kemudahan bagi mereka yang tidak boleh menjamah salah satu jenis hidangan ini. Tetapi bagi seseorang yang boleh menikmati kedua-dua jenis makanan ini, seeloknya, ambillah satu jenis hidangan sahaja. Saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). Tindak balas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus. Nabi juga menegah kita makan ikan bersama susu kerana susu terhasil daripada ternakan darat.

Dinner sebelum maghrib menjelang
Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib. Ini kerana otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan. Sekiranya makan malam pada jam 8 pm, kira-kira jam 10pm baru dapat belajar dengan baik dan kebanyakannya hanya boleh bertahan hingga jam 12am...jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan jam 6pm (waktu sabah)...so, which one is the best???..


...Makan untuk Hidup...
...bukan Hidup untuk Makan...


Wednesday, May 4, 2011

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

Bismillahirrahmanirrahim...


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."


Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulama' berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.


Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW:

"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardhukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."


6 seksaan di DUNIA
-dikurangkan berkat umurnya
-disempitkan rezekinya
-dihilangkan tanda cahaya soleh dari raut wajahnya
-tidak mendapat tempat di dalam Islam
-tidak dikira amal kebajikannya (tidak mendapat pahala)
-tidak diterima doanya

3 seksaan ketika MENGHADAPI KEMATIAN
-mati dalam keadaan yang amat hina
-mati dalam keadaan yang amat lapar
-mati dalam keadaan yang amat dahaga (walaupun telah diberi air minuman yang banyak)

3 seksaan di ALAM KUBUR
-disempitkan kuburnya
-digelapkan kuburnya
-diseksa sehingga Hari Kiamat

3 seksaan ketika BERTEMU ALLAH
-dibelenggu oleh Malaikat pada Hari Kiamat
-tidak dipandang dengan belas ihsan oleh Allah
-tidak diampunkan dosanya bahkan diazab di dalam neraka dengan seksaan yang amat pedih


Mesti kalian sudah pernah atau banyak kali membaca/mendengar 15 seksaan yang sering diwar-warkan..Tapi,mengapa masih ramai yang masih meninggalkan solat??..Apakah puncanya & bagaimana kita mahu membendungnya??..

Puncanya adalah kurang/hilangnya rasa TAKUT kepada Allah & azabNYA..bagaimana rasa takut ini boleh berkurang/hilang??..jawapannya,hati sudah menjadi kotor kerna dipenuhi dengan dosa kekotoran yang wujud daripada ceteknya ilmu pengetahuan agama..

Sebab itu makanan rohani perlu sentiasa disediakan dengan mendalami banyak ilmu-ilmu agama sebagai benteng daripada kita mendapat azab dari Allah..bahkan,amat penting untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain..nasihat yang diberi perlulah berterusan & konsisten walaupun sudah banyak kali diperkatakan kerana manusia itu mudah lupa dan mesti sentiasa diingatkan..

Ingatlah!!..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..

Moga kita menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..