Pages

Thursday, May 19, 2011

kanak-kanak mati tercekik


Suatu hari, seorang kanak-kanak yang berumur setahun lebih dikejarkan ke hospital di jabatan kecemasan. Anak kecil ini menunjukkan simptom kesukaran bernafas dan hanya mampu menangis.


Tanpa melengahkan masa, saya meneropong ke bahagian salur pernafasan untuk melihat apa yang berlaku. Setelah diselidiki, rupa-rupanya sebiji guli tersekat di kerongkong kanak-kanak tersebut.

Saya segera menghubungi doktor pakar untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan guli itu. Namun, doktor pakar tidak datang. Dia hanya menugaskan dua orang medical officers untuk meninjau keadaan kanak-kanak itu.

Malangnya, kanak-kanak ini tidak dapat diselamatkan dan meninggal di jabatan kecemasan. Oleh itu, saya perlu membuat incidence report kerana anak kecil ini meninggal dunia pada waktu saya bertugas.

Mesyuarat tergempar terpaksa dijalankan rentetan daripada tragedi tersebut. Hasil daripada mesyuarat mendapati bahawa tragedi tersebut berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital sendiri disebabkan ketidakhadiran doktor pakar itu untuk merawat.

Amat menyedihkan, doktor pakar ini masih tidak mengendahkan hal yang telah berlaku dan tidak merasa bersalah. Ibubapa kanak-kanak ini bercadang untuk menyaman pihak hospital. Alhamdulillah, setelah saya menjelaskan keadaan sebenar dan menenangkan ibubapa tersebut, saman tidak dilakukan.

6 bulan kemudian...

Datang seorang kanak-kanak dengan masalah yang lebih kurang sama. Kanak-kanak itu tertelan duit syiling. Saya terus menghubungi doktor pakar. Kali ini, doktor pakar tersebut datang tetapi agak lewat.

Akibatnya, kanak-kanak ini meninggal dunia sebelum doktor pakar itu tiba. Biasanya, ibu bapa pesakit yang akan menangis apabila kehilangan anak mereka dan kakitangan hospital hanya memberi sokongan moral. Tetapi, doktor pakar ini yang menangis.

Adakah kerana dia rasa bersalah dan menyesal disebabkan kelewatannya tiba untuk memberi perawatan???

Jawapannya, mungkin itu adalah salah satu sebab. Namun, sebab yang utama adalah kerana kanak-kanak yang meninggal itu adalah anak doktor pakar itu sendiri.

Kisah ini bukan rekaan semata-mata ya.
Tetapi, pengalaman benar seorang doktor mulia yang saya dengari dan hayati di slot Motivasi Pagi @ ikim.fm.
Siapakah beliau?
Beliau adalah Dr Jamnul Azhar Mulkan.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai beliau, bolehlah merujuk dengan Tuan Google.

Apa yang ingin disampaikan oleh beliau adalah hidup kita ini bergantung dengan apa yang kita beri atau lakukan dengan orang lain.

Kalau BAIK yang kita beri, BAIK jugalah yang kita akan dapat..
Kalau JAHAT yang kita beri, JAHAT jugalah yang kita akan dapat..

Atau dengan kata lain, "WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK"

Memang manusia tidak mampu membalas, tapi Allah ada untuk membalasnya.


Layanlah semua orang dengan baik.
Berkasih-sayanglah antara satu sama lain.
Bersikap adillah dalam segala aspek.

2 comments:

Nashrah Basyirah said...

singgah ziarah di sini..
nice post kak! :)

Maryam Rosmin said...

alhamdulillah..
terima ksh yu..

Post a Comment