Pages

Wednesday, December 28, 2011

Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH akan menjagamu


Bismillahirrahmanirrahim

Ketika bersungguh-sungguh mengikuti pertandingan, ada individu tertentu dalam diam tergamak ingin melakukan keputusan berat sebelah...

Ketika ingin menikmati hirupan air kopi yang baru dibelinya, rupa-rupanya seekor lipas sedang menyelam di dalam airnya tanpa disedari...

Ketika si ibu sibuk menyediakan juadah tengahari di dapur, anak kecilnya sedang ligat bermain gunting di ruang tamu...

Ketika memandu dengan penuh cermat , tidak disangka ada kenderaan yang meluru keluar secara tiba-tiba...

Ketika bersendirian melalui jalan yang sunyi, bersembunyi seorang pencuri di sebalik tiang...

Mampukah kita mengelak, menghindari atau menolak bakal bahaya, kecelakaan dan kemudaratan tersebut dengan sendirinya?

Tentu sekali kita tidak mampu kerana kita tidak memiliki kuasa luar biasa yang boleh menjadi benteng segala panahan tajam tersebut.

Siapakah yang mampu menghalangnya daripada terus terjadi?

Dialah Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Melindungi, Maha Membela, Maha Mengawasi, Maha Memelihara.

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Bagaimana cara untuk kita jaga/pelihara Allah?

Kita perlu jaga/pelihara hak Allah.

Apakah hak Allah yang perlu kita jaga?

Ingatlah ada 2 perkara utama yang perlu kita jaga.

1) Segala larangan Allah wajib ditinggalkan habis-habisan.

2) Segala suruhan Allah dilakukan bersungguh-sungguh dengan sebaik-baiknya.

“Wahai manusia! Kamulah yang

memerlukan ALLAH, dan ALLAH DIAlah

Yang Maha Kaya (tidak memerlukan

sesuatu), lagi Maha Terpuji.”

(Fatir:15)

Wallahu 'Alam


Tuesday, December 27, 2011

bidalan 3


lautan yang dalam sudah diselami,
inikan pula air terenang


orang yang sudah biasa membuat pekerjaan yang sukar dan sulit,
tidak akan berasa khuatir menghadapi pekerjaan kecil dan mudah

Monday, December 26, 2011

think of it deeply



this message is not only for boys, but also for girls

Wednesday, December 21, 2011

bidalan 2

adakah dari telaga yang jernih
akan mengalir air yang keruh?


tutur kata dan perangai yang keji
tidak akan terbit
daripada orang yang tinggi budi pekertinya

Sunday, December 18, 2011

i'm falling in love

Bismillahirrahmanirrahim....

i think we are familiar with this love proverb..

eating not full
sleeping not well
bathing not wet

this situation might happen for those who are extremely 'angau'...
Astaghfirullahal 'Azim, we as a .Muslim, please never be like this...
having special feeling towards any different gender is definitely a part of human nature...
we can't deny it...but, be aware!
never let this feeling impairs our relationship with Allah, parents & other people..
indeed, i am also not been excluded in this matter..


Ya Allah, if I fall in love,

Put my love in someone who has harbored his love in You,

so I will gain more strength in loving You.


Ya Muhaimin, if I fall in love,

take care of my love on him

so it won't exceed my love to You.


Ya Allah, if I fall in love,

let me touch his heart whose heart is hooked on You,

so I won't fall in such false love.


Ya Rabbana, if I fall in love,

take care of my heart on him

so I won't turn away from You.


Ya Rabbul Izzati, if I'm missing him,

let me miss him who miss syahid in Your way.


Ya Allah, if I'm missing him,

take care of my longing on him

so I won't forget to miss Your heaven.


Ya Allah, if I enjoy Your lover's love,

don't let that enjoyment exceed the enjoyment

to pray for You in the last third of the night


Ya Allah, if I fall in love with Your lover,

don't let me fall and be cripple in a long journey

to call humans to be in Your way


Ya Allah, You know that these hearts has united in Your love, has met the enjoyment of obeying You, has united in Your faith. Strengthen their bonds, make their loves eternal, show their way, fill these hearts with Your never fading light. Pour having faith to You to in our hearts, and the beauty of being on the straight way of Yours.

...Amin ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, December 13, 2011

tawar-menawar

Bismillahirrahmanirrahim..

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui".
Al Baqarah:261

Selalunya, orang akan menderma di masjid, surau atau badan kebajikan. Sebenarnya, ada banyak lagi medium yang disediakan Allah untuk beramal tetapi orang terlepas pandang. Antaranya urusan jual-beli.

credit

Kalau beli apa-apa barang dengan peniaga muslim, tak perlu tawar-tawar lagi harganya.

Sebabnya, kita kena niat nak bantu ekonomi orang Islam.

Malah, sifat pemurah dapat dipupuk dengan bersedekah kepada mereka.

Kalau baki duit yang diberikan tak cukup, tak payah nak minta lagi.

Bagi saja dengan mereka dan halalkanlah.

Makin banyak kita beri, makin banyak kita dapat. InsyaAllah.


"tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah, bertambah."
(HR at-Tirmidzi)

Wallahu'Alam..

Sunday, December 4, 2011

bidalan 1


"buruk-buruk kayu gaharu,
dibakar berbau juga"


seseorang yang baik atau berpelajaran,
walau miskin sekalipun,
namanya tetap menjadi sebutan dan contoh teladan

Saturday, December 3, 2011

jangan mudah putus asa, bersabarlah dan terus berdoa


Alhamdulillah, baru-baru ni ada terbaca satu artikel yang betul-betul menyentuh jiwa kat salah satu blog sahabat. Rasanya elok juga sekiranya dapat dikongsikan di sini. Moga kalian memperoleh kesedaran dan iktibar daripada kisah tersebut, insyaAllah.

Di sebuah kampung pedalaman Tanah Jawa, ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Rutin hariannya ialah membuat tempe hasil air tangannya sendiri & menjualnya di pasar. Ia merupakan satu-satunya mata pencarian untuk menyara hidupnya.

Pada suatu pagi, seperti biasa ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba beliau tersedar tempenya yang dihasilkan daripada kacang soya masih belum menjadi. Kebiasaannya, tempe beliau akan menjadi sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yg lain. Ternyata, memang kesemuanya masih belum menjadi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih kerana tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dengan perasaan yang sedih, beliau yang memang kuat beribadah teringat bahawa Allah SWT berkuasa melakukan perkara-perkara yang mustahil. Lalu beliau terus mengangkat kedua tangannya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Beliau sangat yakin bahawa Allah pasti mengkabulkan doanya. Dengan tenang, perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe itu menggunakan hujung jarinya dan beliau pun membuka sedikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.

Namun, beliau termenung seketika kerana kacang soya itu masih tetap kacang soya. Beliau masih tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya masih belum dikabulkan. Maka beliau pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini menjadi tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran beliau sekali lagi membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yg terjadi? Beliau termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu.

Hari pula semakin meninggi. Sudah tentu pasar mula didatangi ramai orang. Beliau tetap tidak kecewa atas doanya yg belum termakbul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi, beliau bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu bertawakal kepada Allah SWT dan meneruskan perjalanannya menuju ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan menjadi.

Beliau berfikir mungkin keajaiban Allah SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya utk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu beliau pun berangkat. Di sepanjang perjalanan beliau tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera beliau meletakkan barang-barangnya. Hatinya benar-benar yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar, beliau pun membuka bakulnya dan menekan-nekan setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan beliau membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yg terjadi? Tempenya masih belum menjadi. Beliau muram seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan.

Beliau merasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya. Inilah satu-satunya punca rezekinya iaitu hasil jualan tempe. Beliau akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya kerana beliau merasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Hari semakin hari semakin petang. Pasar sudah mulai sepi. Para pembeli sudah mula kurang. Beliau meninjau kawan-kawannya yang juga penjual tempe. Tempe mereka sudah hampir habis dijual. Beliau tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.

Namun, jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah SWT, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun beliau tahu bahawa pada hari itu beliau tidak akan mendapat pendapatan langsung, namun beliau tetap berdoa buat kali terakhir:

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba beliau dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya mak cik, saya ingin bertanya, mak cik ada menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum menjumpainya lagi."

Perempuan tua itu termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut kerana sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yg belum menjadi. Sebelum beliau menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat beliau berdoa di dalam hatinya:

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum beliau menjawab pertanyaan wanita itu, beliau membuka sedikit daun pembungkus tempenya. Alangkah seronoknya beliau, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi. Beliau sangat bersyukur kepada Allah SWT.

Wanita itu pun memborong kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, beliau sempat bertanya wanita itu: "Mengapa anak hendak membeli tempe yg belum menjadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi perlu membeli tempe separuh menjadi supaya apabila tempe itu sampai di England nanti akan menjadi tempe yg sempurna. Sekiranya dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya juga kurang sedap.

Perempuan tua itu yg masih dalam keadaan terkejut, mengalirkan air matanya kerana tidak menyangka bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT dan betapa sayangnya Allah SWT pd hambaNya & memberikan pertolongan kepada hambaNya.

Tempe yang tidak menjadi, difikirkannya sebagai satu keburukan akhirnya menjadi satu kebaikan. Perempuan tua itu menadah tangan tanda syukur, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hikmah yang kita sendiri tidak dapat fikirkan dan berada di luar jangkaan kita. Dalam diam beliau berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah SWT.

Pengajaran:

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah SWT sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg kita perlukan dan apa yg terbaik buat diri kita. (Perlu YAKIN dgn PERTOLONGAN ALLAH)

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yg lemah. Jangan sekali-kali berputus asa sekiranya apa yang dipinta belum kesampaian. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah SWT.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." [Al Baqarah:117]


Sumber: http://mujahidahwana.blogspot.com/2011/11/orang-jawa-suka-tempe.html