Pages

Thursday, January 26, 2012

Demam Durian


Sedang menyelusuri jalan ke Kingfisher, mata terpana ke arah deretan jualan durian. Dalam hati, "Durian , lama dah tak makan. Nak beli la. Tapi, mahallah pulak. Kalau di semenanjung takpe la. Murah. Tahan-tahan. Duit yang ada ni baik guna untuk benda yang lebih penting". Pedal minyak ditekan kuat meninggalkan tempat yang amat menggugat itu.


Seminggu kemudian, datangnya berbiji-biji durian daripada seorang kawan istimewa dari Ranau. Alhamdulillah, keinginan yang dipendam kini tercapai tanpa perlu mengorbankan sedikit pun wang ringgit.

Berbeza pula dengan situasi yang kedua,

Sedang tekun mengulangkaji pelajaran untuk persediaan semester baru yang akan tiba tidak lama lagi, hati tiba-tiba teringin untuk menikmati kek kegemaran yang diadun khas dari Secret Recipe. Demi memenuhi keinginan yang membuak-buak, kereta terus diterbangkan ke 1 Borneo. Sampai sahaja di sana, hajat dilaksanakan.


Kesedapan, kepuasan dan kekenyangan sahaja yang dapat dinikmati. Duit turut melayang pergi ke kaunter pembayaran.

Jika diamati dua kisah di atas, manakah yang lebih menguntungkan?

Semestinya kisah yang pertama.

Manusia sering menuruti keinginan atau hawa nafsunya yang melampau tanpa memikirkan baik buruk yang bakal diterima.

Sekiranya anda pernah mengalami kisah yang pertama, anda sebenarnya amat beruntung.

Kerana anda berjaya melawan keinginan yang hanya memuaskan nafsu semata-mata.

Benda-benda yang sebegini tidak usahlah dikejar sangat. InsyaAllah, ia akan muncul sendiri tanpa diduga. Malah, lebih baik daripada apa yang diinginkan.

Ganjaran di dunia sudah dapat, apalagi di akhirat. Tentu lebih membahagiakan, insyaAllah. Wallahu'Alam.

0 comments:

Post a Comment