Pages

Sunday, May 15, 2011

Rahsia Di Sebalik Cara Makan Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang berpegang dengan sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan,
maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid"




Makan buah sebelum breakfast, lunch dan dinner
Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang mengambil buah-buahan selepas makan makanan berat sebagai pencuci mulut di majlis tertentu. Budaya ini telah diamalkan oleh orang barat sejak berkurun lamanya. Hakikatnya, amalan ini tidak baik untuk kesihatan kita. Pakar pemakanan menyatakan bahawa kandungan vitamin C dalam buah-buahan yang diperoleh oleh tubuh badan selepas makan adalah 0%. Hal ini kerana kandungan vitamin ini semakin berkurangan saat badan kita sibuk mencerna makanan berat yang kita makan sebelumnya. Oleh itu, jadilah orang pertama yang mengubah tradisi dengan menikmati buah-buahan terlebih dahulu supaya menjadi ikutan buat orang lain di suatu majlis.

Jangan minum air semasa makan
Saya pasti ramai antara kita pernah mengalami perut buncit. Nak tahu kenapa? Hah, perut buncit terjadi disebabkan sistem penghadaman yang kurang baik kerana minum air semasa makan. Dalam proses penghadaman kita, terdapat enzim yang membantu untuk mencernakan makanan. Air yang diminum ketika makan menyebabkan kepekatan enzim ini berkurang dan menjejaskan keberkesanannya. Jadi, minumlah air sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum dan selepas makan.

Jangan bernafas ke dalam air ketika minum
Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah mengeluarkan CO2 (carbon dioxide. Kemudian, bilamana CO2 ini bercampur dengan air, ia akan menghasilkan H2CO3 (carbonic acid) yang boleh disamakan dengan cuka. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman. Na'uzubillah...

Jangan meniup air yang panas
Rasionalnya sama juga seperti pernyataan di atas iaitu mengeluarkan CO2. Rasulullah juga tidak menggemari makanan/minuman yang sangat panas kerana tiada barakahnya dan diibaratkan seperti memakan api. Justeru, biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya dan bersabarlah untuk menikmatinya.

Kunyah makanan secara perlahan-lahan dengan mulut yang tertutup rapat
Masih ramai yang makan dengan mulut ternganga sehingga ada yang mengeluarkan bunyi, menimbulkan ketidakselesaan orang sekeliling. Makan dengan mulut yang ternganga juga sebenarnya boleh mempamerkan peribadi kita yang kurang sopan, berkemungkinan akan disalahertikan. Oleh itu, makanlah dengan mulut yang tertutup tanpa menngeluarkan bunyi demi menjaga peribadi kita sebagai seorang Muslim yang beradab.

Makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu atau garpu dan jilat jari sesudah selesai
Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari. Oleh sebab itulah, Rasulullah mengajar kita makan menggunakan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan bagi mempercepatkan proses pencernaan. Usah malu untuk makan dengan tangan dan menjilat jari ketika di khalayak ramai. Tetapi, perlu diingatkan...jangan lupa membasuh tangan sebelum dan selepas makan..serta berpada-padalah dalam menjilat jari supaya orang yang melihatnya tidak berasa geli.

Makanan darat tidak boleh bercampur dengan makanan laut
Kebanyakan majlis menghidangkan dua jenis makanan iaitu makanan darat (ayam, lembu, kambing dll) dan laut (ikan, sotong, udang dll). Hal ini adalah untuk memberi kemudahan bagi mereka yang tidak boleh menjamah salah satu jenis hidangan ini. Tetapi bagi seseorang yang boleh menikmati kedua-dua jenis makanan ini, seeloknya, ambillah satu jenis hidangan sahaja. Saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). Tindak balas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus. Nabi juga menegah kita makan ikan bersama susu kerana susu terhasil daripada ternakan darat.

Dinner sebelum maghrib menjelang
Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib. Ini kerana otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan. Sekiranya makan malam pada jam 8 pm, kira-kira jam 10pm baru dapat belajar dengan baik dan kebanyakannya hanya boleh bertahan hingga jam 12am...jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan jam 6pm (waktu sabah)...so, which one is the best???..


...Makan untuk Hidup...
...bukan Hidup untuk Makan...


Wednesday, May 4, 2011

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

Bismillahirrahmanirrahim...


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."


Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulama' berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.


Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW:

"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardhukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."


6 seksaan di DUNIA
-dikurangkan berkat umurnya
-disempitkan rezekinya
-dihilangkan tanda cahaya soleh dari raut wajahnya
-tidak mendapat tempat di dalam Islam
-tidak dikira amal kebajikannya (tidak mendapat pahala)
-tidak diterima doanya

3 seksaan ketika MENGHADAPI KEMATIAN
-mati dalam keadaan yang amat hina
-mati dalam keadaan yang amat lapar
-mati dalam keadaan yang amat dahaga (walaupun telah diberi air minuman yang banyak)

3 seksaan di ALAM KUBUR
-disempitkan kuburnya
-digelapkan kuburnya
-diseksa sehingga Hari Kiamat

3 seksaan ketika BERTEMU ALLAH
-dibelenggu oleh Malaikat pada Hari Kiamat
-tidak dipandang dengan belas ihsan oleh Allah
-tidak diampunkan dosanya bahkan diazab di dalam neraka dengan seksaan yang amat pedih


Mesti kalian sudah pernah atau banyak kali membaca/mendengar 15 seksaan yang sering diwar-warkan..Tapi,mengapa masih ramai yang masih meninggalkan solat??..Apakah puncanya & bagaimana kita mahu membendungnya??..

Puncanya adalah kurang/hilangnya rasa TAKUT kepada Allah & azabNYA..bagaimana rasa takut ini boleh berkurang/hilang??..jawapannya,hati sudah menjadi kotor kerna dipenuhi dengan dosa kekotoran yang wujud daripada ceteknya ilmu pengetahuan agama..

Sebab itu makanan rohani perlu sentiasa disediakan dengan mendalami banyak ilmu-ilmu agama sebagai benteng daripada kita mendapat azab dari Allah..bahkan,amat penting untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain..nasihat yang diberi perlulah berterusan & konsisten walaupun sudah banyak kali diperkatakan kerana manusia itu mudah lupa dan mesti sentiasa diingatkan..

Ingatlah!!..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..

Moga kita menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..


Saturday, December 25, 2010

three moral stories

Bismillahirrahmanirrahim...

FIRST
...RM1 vs RM50...


RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:

“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”

RM50 menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,

Naik STAR Cruise, gi KL naik MAS, lepak One Borneo, konsert AF,M’sianIdol..

tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..

Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"


Moral of this story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid

or surau, tambah la lagi banyak..


SECOND
...Si Lembu & Si Anjing...

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”


Sedikit Penjelasan:


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).. Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu bersuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , "Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


THIRD
...Sebiji Tembikai...


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq

Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai

itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.



Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan

marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah

tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.



Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada

barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli

barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap

hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau

tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.



Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu dia bertaubat dan redha

dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Wallahu A'lam


p/s:these stories were edited from my blogger friend..to the owner of this article,thanks for your kindness..

Sunday, November 21, 2010

BERUNTUNG

Bismillahirrahmanirrahim...

Siapakah mereka yang beruntung?

Sungguh beruntung orang-orang yang beriman
(23:1)

Siapakah mereka yang beriman?

Orang yang khusyuk dalam solatnya,

Dan orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,

Dan orang yang menunaikan zakat,


Dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

(23:2-6)

Dan orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya,

Dan orang yang memelihara solatnya.
(23:8-9)

Kenapa mereka beruntung?

Mereka itulah orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
(23:10-11)

Bagaimana iman kita sejak akhir-akhir ini?
Adakah iman kita makin meningkat dan benar-benar mantap?
Tepuk dada,tanya IMAN...


Semoga kita memiliki ciri-ciri orang yang beriman dan tergolong dalam orang yang beruntung seperti yang disebut dalam surah Al-Mu'minun ini.
Wallahu A'lam.


Sunday, October 17, 2010

SANTAI

Bismillahirrahmanirrahim...
TAMBAH SENANG,KURANG TENANG

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."
Ibrahim:7

Pada petang nan riuh,seorang jurulatih terdengar tangisan seorang budak.
Dia segera mencari arah tangisan itu. Rupa-rupanya, anak didiknya yang menangis.
Lalu,jurulatih itu bertanya,"Mengapa kamu menangis?
"Budak itu menjawab,"Duit saya hilang tuan."
"Berapa banyak duit kamu yang hilang?"jurulatih itu bertanya lagi.
"Lima puluh sen,"budak itu menjawab sambil menangis teresak-esak.
Atas rasa simpati melihat keadaan anak didiknya itu,jurulatih itu memberikan lima puluh sen kepadanya.
"Nah,ini ganti duit kamu yang hilang.Jangan nangis lagi ya.Mari kita sambung berlatih"
Jurulatih itu terus berlalu dari situ.Namun,belum sampai 5 langkah jurulatih itu berjalan,dia terdengar lagi anak didiknya itu menangis dengan lebih kuat.
"Kenapa kamu nangis lagi ?Bukankah duit kamu telah saya ganti?"
"Sebab itulah saya menangis.Sekiranya duit saya tadi tidak hilang,tentu saya sekarang ada seringgit.Tapi,sekarang cuma ada lima puluh sen aja,"jawabnya sambil terus menangis.




Ramai manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Malah,tidak sabar dengan apa yang tiada.
Jika miskin,ramai yang merintih inginkan kekayaan.
Tetapi bila kaya,hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan.
Kekadang,tambah senang menjadikan kita kurang tenang.


BUKAN SENANG NAK SENANG

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

Al-Insyirah:5-6


Seorang pemuda ditemui sedang berlegar-legar di tepi sebuah tiang lampu berhampiran sebatang jalan.
Habis dikais-kaisnya rumput dan kertas di bawah naungan lampu itu.
Walaupun hari sudah larut senja,tapi pemuda itu tetap mencari-cari sesuatu di bawah sinaran lampu itu.
Sikap pemuda itu menarik perhatian seorang mak cik yang kebetulan sedang bersiap-siap untuk menutup kedainya.
Lalu,mak cik itu menghampirinya dan bertanya,"Kenapa sejak tadi mak cik tengok kamu berlegar-legar di bawah tiang lampu ini?"
"Cincin saya mak cik,cincin saya hilang."
Mak cik tadi kasihan dan turut sama membantu mencari cincin itu.
Namun,cincin berkenaan tidak juga ditemui.
Lantas,mak cik bertanya lagi,"Betulkah cincin itu hilang di sini?"
"Siapa pula kata cincin itu terjatuh di sini..Tak lah."
"Habis,cincin itu jatuh di mana?"
"Di sana,di tempat gelap tu,"ujar pemuda itu sambil menunjukkan suatu kawasan gelap yang agak jauh dari tempat mereka.
"Laa..Tapi mengapa kamu mencarinya di sini?"Mak cik itu kehairanan.
"Yalah mak cik..mestilah saya kena cari di tempat yang terang,di bawah tiang lampu ni.Sini mudah.Kalau cari kat sana tu susah.Gelap pulak,"jawabnya selamba.
Mak cik itu menggeleng-gelengkan kepala.



Manusia kerap memilih jalan pintas untuk senang dan berjaya.
Mereka cenderung memilih jalan senang untuk senang,walaupun tahu kesenangan tidak akan ditemui melalui cara itu.
Apa yang dipentingkan,jalan itu mudah.
Padahal secara sunnatullah memang telah Allah tetapkan,"no pain,no gain"
Bukankah syurga itu dipagar dengan segala kesusahan?
Justeru,untuk melakukan kebaikan dan kebajikan yakni jalan menuju syurga adalah sukar dan mencabar.
Tapi,tempuhilah.
Bukan senang nak senang.


Wallahu A'lam


sumber:SOLUSI isu perdana


Sunday, October 10, 2010

DIAM

Bismillahirrahmanirrahim...

"Barangsiapa yang banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya.
Barangsiapa yang banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya."
(Riwayat Abu Naim)


Alkisah seorang lelaki fakir yang menyara hidupnya hanya dengan mengumpul kayu api untuk dijual di pasar. Hasil yang diperolehinya hanya cukup untuk menjamah makanan. Bahkan,dia masih tidak mampu menampung keperluan harian yang lain. Tetapi, dia terkenal dengan kesabarannya.

Pada suatu hari, seperti kebiasaanya, dia pergi ke hutan untuk mengumpul kayu api. Setelah lama berpenat lelah, dia berhasil mengumpulkan sepikul besar kayu api. Lalu dipikulnya sambil berjalan menuju ke pasar. Setibanya di pasar kelihatan orang ramai berpusu-pusu dan suasana agak sesak. Kerana khuatir orang sekeliling akan terkena hujung kayu yang agak runcing, dia pantas berteriak, "Ke tepi...ke tepi! kayu api mau lalu!."

Orang-orang sekelilingnya segera memberi laluan bagi mengelakkan diri daripada terkena hujung kayu yang tajam itu. Lelaki fakir itu masih berteriak sambil melalui orang ramai demi mengingatkan tentang kehadirannya. Tiba-tiba,muncul seorang bangsawan yang kaya-raya di hadapannya tanpa mempedulikan peringatannya. Pada saat itu,lelaki fakir itu terkejut sehingga tidak sempat menghindarinya. Akibatnya, hujung kayu apinya tersangkut di baju bangsawan itu dan terobek. Bangsawan itu terus memarahinya dan tidak menghiraukan keadaan si penjual kayu api itu. Tidak puas dengan itu, dia kemudian menyeret si penjual itu ke muka pengadilan bagi menuntut ganti rugi atas kerosakan bajunya.

Setibanya di hadapan hakim, bangsawan kaya itu lantas menceritakan kejadian yang terjadi. Hakim berkata, "Mungkin dia tidak sengaja." Bangsawan itu membantah. Sementara itu, si penjual itu hanya diam seribu bahasa. Setelah hakim mengajukan beberapa kemungkinan yang sering dibantah oleh bangsawan itu, akhirnya hakim mengajukan pertanyaan kepada penjual kayu api itu. Namun, setiap kali hakim itu bertanya,dia tidak menjawab sama sekali, malah diam membisu. Disebabkan segala pertanyaannya tidak terjawab, sang hakim akhirnya berkata kepada bangsawan itu, "Mungkin orang ini bisu, sehingga dia tidak dapat memperingatkanmu ketika di pasar tadi."

Bangsawan itu agak geram mendengar penjelasan hakim itu lalu berkata, "Tidak mungkin! Dia tidak bisu wahai hakim. Aku mendengarnya berteriak di pasar tadi. Tidak mungkin sekarang dia bisu!" dengan nada sedikit emosi. "Yang pasti saya tetap mau minta ganti rugi," lanjutnya.

Dengan tenang sambil tersenyum, sang hakim berkata, "Kalau engkau mendengar teriakannya, mengapa engkau tidak ke tepi?" Jika dia sudah memperingatkan, bermakna dia tidak bersalah. Engkau yang kurang mempedulikan peringatannya."

Mendengar keputusan hakim itu, bangsawan itu terdiam dan bingung. Dia telah menyedari ucapannya itu ternyata menjadi bumerang baginya. Akhirnya dia pun berlalu pergi dengan perasaan yang amat malu. Si penjual kayu api itu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada sang hakim. Dia terselamat daripada tuduhan dan tuntutan bangsawan itu dengan hanya berDIAM.



HIKMAH DIAM
perhiasan tanpa berhias
tanda kehebatan diri
benteng diri tanpa pagar
tertutup segala keaiban diri

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam"

(Riwayat Bukhari & Muslim)


"Barangsiapa diam maka terlepas daripada bahaya"

(Riwayat At-Tarmizi)


Sekiranya kata-kata yang ingin diungkapkan tidak berharga buat diri dan orang lain, lebih baik berDIAM

Wallahu A'lam

Thursday, September 9, 2010

SALAM 'AIDILFITRI 1431H


Bismillahirrahmanirrahim...

selamat hari raya 'aidilfitri
maaf zahir dan batin

moga kita bertemu lagi dgn Ramadhan yang akan datang
amin