Pages

Monday, May 31, 2010

Shafiyyah binti 'Abdul Muttallib


Seorang pejuang yang sabar dan penyair ulung..
Mu'minah pertama membunuh orang musyrik...
Ibu saudara Rasulullah SAW...
Ibu kepada sahabat yang mulia,Zubair bin Al-Awwam...
Saudara kandung singa Allah,Hamzah bin 'Abdul Muttallib...

Beliau adalah Shafiyyah binti 'Abdul Muttallib bin Hasyim bin 'Abdu Manaf bin Qushay bin Kilab,dari suku Quraisy Al-Hasyimiyyah.Membesar dewasa di rumah 'Abdul Muttallib,seorang pemimpin Quraisy yang dihormati dan mulia telah mempengaruhi hidup Shafiyyah menjadi seorang wanita yang berperibadi tinggi,fasih bertutur kata,cerdas dan berani.Beliau tergolong dalam angkatan pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW dan turut berhijrah bersama anaknya,Zubair bin Awwam,ke Madinah,ibu kota Islam yang pertama.Di Madinah,Shafiyyah menyaksikan dan turut serta berperanan dalam menyebarkan agama Islam.

Semangat jihad yang berkobar-kobar dalam dirinya mendorong beliau berjuang dalam perang Uhud bersama rombongan golongan wanita untuk menaikkan semangat keberanian kepada para mujahid dan merawat mereka yang tercedera.Dalam perang tersebut,pasukan muslim kucar-kacir akibat ingkarnya pasukan pemanah terhadap arahan Rasulullah SAW.Ketika pasukan muslim mulai melarikan diri,berdirilah Shafiyyah dengan gagah berani sambil mengibas-ngibaskan tombak hendak memukulkannya ke wajah orang yang lari dari medan pertempuran sambil berkata:"Adakah kamu semua akan melarikan diri dan meninggalkan Rasulullah SAW?"

Shafiyyah meninggal dunia pada zaman khalifah Umar bin Al-Khathab pada usia lebih kurang 70 tahun.Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepada Shafiyyah,wanita yang berkibar dalam sejarah Islam dan teladan bagi kaumnya dalam pengorbanan dan perjuangan dalam membela agama Allah yakni Islam.

Rujukan:Mahmud Mahdi Al-Istanbuli & Mustafa Abu Nasr Asy-Syilbi,2010.Wanita Solehah Zaman Rasulullah SAW.Batu Caves,Selangor:Al-Hidayah Publication.


2 comments:

SAIF said...

salam ya ukhti...hal nti hamiza??

mujahidah shafiyyah said...

wsalam..he2..bukan

Post a Comment