Pages

Sunday, June 13, 2010

TAHAJJUD


Bismillahirrahmanirrahim...

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri yang lepas..

Tentang cara mudah bertahajjud..

Nasihat tok guru:


"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah."


"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."


"Siapa-siapa rajin, dia boleh cari (rahmat dan keredhaan Allah), siapa-siapa malas, tidurlah."


Oleh itu,manfaatkanlah setiap detik kala kita terjaga malam...

Wednesday, June 9, 2010

Bila Malam Menjelma...


Bismillahirrahmanirrahim...

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya."
(Ibrahim:34)

Allah sentiasa melimpahkan dan menyempurnakan nikmatNya yang tak terhingga kepada kita sehingga tidak mampu dibilang oleh kita..Antaranya makanan,minuman,pakaian,tempat tinggal,kenderaan dan macam-macam lagi..

Namun,masih ramai yang tidak menyedari betapa banyaknya nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita dan tidak mensyukuri pemberianNya..

MALAM adalah salah satu nikmat yang manusia sering alpa akan keistimewaannya dan menyalahgunakannya..

Saya pasti semua orang sudah mengetahui akan pentingnya malam buat kita...

"Dan kerana rahmatNya,Dia jadikan untukmu malam dan siang,supaya kamu beristirehat pada malam hari dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepadaNya" (Al-Qasas:73)

Alhamdulillah,kita dapat beristirehat atau tidur di waktu malam yang indah dan sepi...dapat merehatkan tubuh badan kita yang penat dengan pelbagai aktiviti di siang hari...

Tapi sayang,ada segelintir daripada kita yang sering melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan...

menonton tv atau movie hingga larut malam...

bertelefon atau ber'sms' hingga habis kredit...

main games hingga tak ingat dunia...

berchat di internet hingga siang hari...

menyiapkan assignment yang tertunggak hingga terlewat/terlepas solat subuh...

merayau-rayau di jalanan hingga tak ingat nak balik...

Moga mereka yang terlibat dengan perkara-perkara di atas segera menyesali perbuatan dan bertaubat kepada Allah..amin..


Selain tidur,kita juga dapat merasai nikmat bertahajjud di malam hari..inilah sebenarnya yang amat digalakkan dalam kehidupan seharian kita..

Dengan itu,keimanan kita dapat dipertingkatkan lagi serta akan diberi kekuatan yang amat hebat oleh Allah dalam menempuh ranjau kehidupan...

Saya sedar ada juga yang menuntut ilmu pengetahuan hingga larut malam..tidur agak lewat sedikit iaitu selepas waktu tengah malam...dan mereka juga sudah biasa dengan keadaan tersebut..
bagi saya itu tidak salah cuma kadang-kadang saya perasan yang mereka sukar bangun malam untuk bertahajjud..

Ada juga yang mengamalkan bangun awal tetapi terus membuka buku dan tidak melakukan tahajjud..

Memang bukan mudah untuk kita rasai nikmat bertahajjud tetapi kita boleh berusaha untuk mendapatkannya..

Kalau tak dapat buat tahajjud setiap hari,seboleh-bolehnya cuba dapatkan setiap minggu atau setiap bulan..

Jangankan pula tiada langsung..
.



...sebaik-baik waktu tidur adalah pada awal-awal malam dan tidur selama satu jam sebelum tengah malam adalah sama dengan tidur beberapa jam setelah lewat tengah malam...


(Sabiluka Li Al-Sa'adah oleh Asyraf Hamisah & Wasaya Tabib oleh Hisan Syamsi Pasya)



Oleh itu,mari kita tukar cara tidur dengan yang lebih baik dan berkualiti agar kita mudah bangun malam untuk mencari keredhaan Allah..

Tidurlah awal sebelum tengah malam menjelma...

InsyaAllah,kita boleh bangun awal untuk bertahajjud dan menyambung pembelajaran kita...

Bukankah belajar yang disertai dengan tahajjud lebih mendapat keberkatanNya?

Bukankah belajar selepas tahajjud memudahkan kita untuk memahami dan mengingati ilmu dengan mendalam?

Tepuk dada,tanya iman..

Sama-samalah kita fikirkannya dan mengamalkannya..

Wallahu'alam..

Rujukan:Dr Mohd Puzhi Usop & Ust Zairul Mat Zain,2009.Jangan Bersedih!Kebahagiaan Pasti Bersamamu.Kuala Lumpur,WP:Al-Hidayah Publication.

Sunday, June 6, 2010

Ya Allah..dengarlah rintihanku..


Bismillahirrahmanirrahim...


"Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu?"

Saya amat tersentuh dengan kata-kata di atas yang saya petik daripada salah satu blog sahabat saya..

Ramai daripada kita yang mengadu masalah kepada sahabat terdekat,ahli keluarga,boyfriend,girlfriend dan sebagainya apabila dizalimi oleh seseorang,ditimpa sesuatu musibah ataupun mengalami tekanan perasaan yang terlampau tanpa mengadu kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan meminta pertolongan daripadaNya..

Ada yang menangis teresak-esak..

Ada yang marah tak tentu pasal..

Ada yang memaki hamun..

Ada yang mengadu domba..

Ada yang berniat untuk membalas dendam..

Ada yang hilang semangat hingga menyebabkan kewajipan ditinggalkan..

Ada yang bersendirian kosong tanpa berusaha dan berdoa..

Ada yang merokok bagi melepaskan tekanan..

Ada yang menjejakkan kaki ke kancah maksiat untuk mencari keseronokan bagi melupakan segala masalah..

Astaghfirullahal 'Azim..
mohon kita dijauhkan dari benda-benda sebegini..

Allah lah tempat kita merintih,mengadu segala masalah..

Lepaskanlah segala onak duri dalam hati yang mengganggu hidup kita selama ini..

Rintihlah apa sahaja yang terbuku dalam hati kita..

Mintalah segala macam pertolongan daripadaNya..



Hanya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Memberi Pertolongan..

InsyaAllah..hati kita akan menjadi tenang dan tenteram setiap kali kita mengingati Allah kala kita senang dan susah..

...Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram
(Ar-Ra'du:28)





Saturday, June 5, 2010

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



CuTi dAtAnG LaGi..


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,cuti datang lagi..Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua yang telah lama bercuti,sedang bercuti dan akan bercuti..

Mungkin ada di kalangan kalian yang merasa bosan dan boring sepanjang cuti-cuti ini..

Rasa bosan dan boring akan hilang sekiranya kita melaksanakan kewajipan yang belum terlaksana dengan sebaiknya..

kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita... -wasiat Imam Hassan Al-Banna-


Manfaatkanlah masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah..

Isikanlah ia dengan mendalami ilmu agama dan belajar untuk mempraktikkannya..jangan kita menjadi orang yang jahil tentang agama hinggakan perkara asas dalam Islam pun tidak diketahui..

Hafazlah Al-Quran seboleh yang mungkin terutama sekali juz 'amma..menghafaz Al-Quran boleh membantu kita untuk mengingati segala ilmu yang dipelajari dengan mudah..insyaAllah..

Ajarilah ahli keluarga,saudara-mara dan jiran tetangga yang masih belum mengerti tentang agama dengan baik secara berhikmah..

Bantuilah ibubapa di rumah dan luangkanlah masa dengan mereka selagi mereka masih ada..

Bagi yang perempuan..belajarlah memasak,menjahit,menjaga anak kecil dan hal-hal rumah yang lain..mana tau tetiba ada orang masuk meminang..

Bagi yang lelaki..belajarlah menjadi pemimpin keluarga,bertukang dan membaiki kerosakan di rumah..andalah harapan bila sudah berumah tangga kelak..

Bagi yang masih belajar..bersedialah dengan modul pengajian yang akan datang..cari bahan rujukan dan sediakan nota seawalnya..bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'..

Ciptalah blog dan tulislah segala ilmu yang dipelajari serta maklumat yang didapati untuk dikongsi bersama..insyaAllah,menulis blog boleh menjadikan kita berfikir lebih kritis dan kreatif..



Moga cuti-cuti ini dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain..

Jangan menyesal di kemudian hari..

Masa itu emas dan sangat berharga..

Jangan sampai ia hilang begitu sahaja..sukar untuk kita dapatkannya kembali..

Wallahu'alam..



Friday, June 4, 2010

TERUSKAN MEMBOIKOT







Sekarang dunia heboh memperkatakan serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin yang semakin menjadi-jadi.
Apakah usaha-usaha yang telah kita lakukan bagi membantu saudara-saudara kita di sana?Ya,saya pasti kita semua telah mengutus doa buat mereka.Alhamdulillah,ada juga yang telah menyumbang wang dan barangan keperluan kepada mereka.Tetapi,adakah itu sudah cukup untuk kita membantu mereka?Tidak.Kita seharusnya berhabis-habisan memboikot kesemua barangan Israel Laknatullah.Malah,kita perlu mengajak orang ramai untuk memboikotnya.Itulah sebenarnya mata pencarian Israel untuk membeli bahan letupan,senjata dan peluru yang akan melayangkan nyawa-nyawa saudara seIslam kita.

Namun begitu,pemboikotan besar-besaran barangan Israel sudah semakin tidak kedengaran lagi.
Dimanakah perginya laungan semangat dan risalah-risalah yang diwar-warkan tentang pemboikotan barangan Israel selama ini? Bukankah kita perlu istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam?Amat mengecewakan bilamana masih ramai yang mempertikaikan tentangnya.Ada yang berpendapat bahawa memboikot barangan Israel boleh merosotkan ekonomi negara.Astaghfirullahal 'Azim.Bagi saya,ianya sama sekali tidak akan menjatuhkan ekonomi negara.Sebaliknya,jika kita yakin bahawa rezeki Allah ada di mana-mana sahaja dan mencari alternatif lain bagi menggantikan barangan Israel,InsyaAllah,Allah akan mempermudahkan urusan kita dan mempermurahkan lagi rezeki kita kerana wang yang kita belanjakan adalah untuk mencari keberkatanNya dan bukan untuk membeli darah manusia.



Saya akui memang ada sesetengah individu sukar untuk memboikot barangan tersebut kerana sudah menjadi sebati dalam hidupnya.Yang paling ketara sekali apabila masih ramai yang mengunjungi kedai-kedai makanan segera seperti KFC,McD,Pizza Hut dan sebagainya kerana ianya sudah menjadi santapan harian mereka.Jadi,saya selitkan di sini cara-cara untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka termasuk diri kita sendiri untuk memboikot barangan Israel Laknatullah ini.
  • Selalulah mengajak mereka bersama-sama menonton video kekejaman Israel dan penderitaan rakyat Palestin
  • Galakkan mereka mengurangkan kekerapan membeli barangan tersebut secara berperingkat dari semasa ke semasa sehingga mereka boleh menerimanya
  • Rekomenkan barangan lain yang lebih kurang sama tetapi lebih baik daripada barangan Israel
  • Berdampinglah dengan mereka ketika membeli barangan supaya anda boleh terus mengingatkan mereka
Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.Moga ia dapat memberi manfaat kepada kalian.InsyaAllah. Akhir kata,teruskanlah memboikot barangan Israel dengan sehabis-habisnya.Jihad fi sabilillah.ALLAHUAKBAR!!!

Tuesday, June 1, 2010

BERSYUKUR

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebagai orang Islam,kita wajib bersyukur atas segala perkara yang menimpa diri kita tak kira baik ataupun buruk.

Setiap kebaikan yang datang itu adalah nikmat tak terhingga yang Allah berikan kepada kita...
Setiap keburukan yang datang itu adalah ujian daripada Allah sebagai tanda sayangnya Allah kepada kita...
Maka,wajiblah kita bersyukur kepadaNya setiap masa...

Ingatlah firman Allah:

“…Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7


Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur padaMu ya Allah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu


Tajuk lagu:Alhamdulillah

Penyanyi:Opick feat Amanda