Pages

Sunday, July 17, 2011

Doa Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran


Bismillahirrahmanirrahim...

Sering cepat marah, mudah melenting...Mari amalkan doa ini...

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji & kesejukan & air yang sejuk.
Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran."

(Riwayat al-Tirmizi no.3556, hasan sahih gharib)



Keterangan dan Petua Beramal

Menurut Imam al-Tirmizi, daripada Ahmad bin Ibrahim al-Dawraqi, daripada Umar bin Hafas bin Ghiath, daripada bapaku, daripada Hassan bin 'Ubaidillah, daripada 'Atha' bin al-Sa'ib, daripada Abdillah bin Abi Aufa, bahawa Nabi s.a.w. berdoa dengan doa di atas untuk mengawal diri daripada sifat panas baran.

Tujuan beramal dengan doa ini ialah supaya mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara luar jangkaan akibat kegagalan mengawal emosi marah yang memuncak.

Imam al-Ghazali membincangkan sifat marah ini menerusi perbincangan tentang sifat mazmumah. Sifat mazmumah ini biasanya berpunca daripada hati yang kotor sehingga beranggapan dirinya sempurna dan orang lain serba kurang. Justeru, dia sentiasa memperlekehkan orang lain.

Antara saranan Nabi s.a.w. agar mengurangkan risiko marah itu ialah dengan berta'awwuz daripada gangguan syaitan (mengucap a'uzubillahi minassyaitonirrajim), mengambil wuduk dan mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk, daripada duduk kepada berbaring. InsyaAllah, dengan cara demikian dapat mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih buruk.

Wallahu 'Alam...

0 comments:

Post a Comment