Pages

Friday, June 4, 2010

TERUSKAN MEMBOIKOT







Sekarang dunia heboh memperkatakan serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin yang semakin menjadi-jadi.
Apakah usaha-usaha yang telah kita lakukan bagi membantu saudara-saudara kita di sana?Ya,saya pasti kita semua telah mengutus doa buat mereka.Alhamdulillah,ada juga yang telah menyumbang wang dan barangan keperluan kepada mereka.Tetapi,adakah itu sudah cukup untuk kita membantu mereka?Tidak.Kita seharusnya berhabis-habisan memboikot kesemua barangan Israel Laknatullah.Malah,kita perlu mengajak orang ramai untuk memboikotnya.Itulah sebenarnya mata pencarian Israel untuk membeli bahan letupan,senjata dan peluru yang akan melayangkan nyawa-nyawa saudara seIslam kita.

Namun begitu,pemboikotan besar-besaran barangan Israel sudah semakin tidak kedengaran lagi.
Dimanakah perginya laungan semangat dan risalah-risalah yang diwar-warkan tentang pemboikotan barangan Israel selama ini? Bukankah kita perlu istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam?Amat mengecewakan bilamana masih ramai yang mempertikaikan tentangnya.Ada yang berpendapat bahawa memboikot barangan Israel boleh merosotkan ekonomi negara.Astaghfirullahal 'Azim.Bagi saya,ianya sama sekali tidak akan menjatuhkan ekonomi negara.Sebaliknya,jika kita yakin bahawa rezeki Allah ada di mana-mana sahaja dan mencari alternatif lain bagi menggantikan barangan Israel,InsyaAllah,Allah akan mempermudahkan urusan kita dan mempermurahkan lagi rezeki kita kerana wang yang kita belanjakan adalah untuk mencari keberkatanNya dan bukan untuk membeli darah manusia.



Saya akui memang ada sesetengah individu sukar untuk memboikot barangan tersebut kerana sudah menjadi sebati dalam hidupnya.Yang paling ketara sekali apabila masih ramai yang mengunjungi kedai-kedai makanan segera seperti KFC,McD,Pizza Hut dan sebagainya kerana ianya sudah menjadi santapan harian mereka.Jadi,saya selitkan di sini cara-cara untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka termasuk diri kita sendiri untuk memboikot barangan Israel Laknatullah ini.
  • Selalulah mengajak mereka bersama-sama menonton video kekejaman Israel dan penderitaan rakyat Palestin
  • Galakkan mereka mengurangkan kekerapan membeli barangan tersebut secara berperingkat dari semasa ke semasa sehingga mereka boleh menerimanya
  • Rekomenkan barangan lain yang lebih kurang sama tetapi lebih baik daripada barangan Israel
  • Berdampinglah dengan mereka ketika membeli barangan supaya anda boleh terus mengingatkan mereka
Ini sahaja yang dapat saya kongsikan.Moga ia dapat memberi manfaat kepada kalian.InsyaAllah. Akhir kata,teruskanlah memboikot barangan Israel dengan sehabis-habisnya.Jihad fi sabilillah.ALLAHUAKBAR!!!

0 comments:

Post a Comment