Pages

Sunday, June 6, 2010

Ya Allah..dengarlah rintihanku..


Bismillahirrahmanirrahim...


"Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu?"

Saya amat tersentuh dengan kata-kata di atas yang saya petik daripada salah satu blog sahabat saya..

Ramai daripada kita yang mengadu masalah kepada sahabat terdekat,ahli keluarga,boyfriend,girlfriend dan sebagainya apabila dizalimi oleh seseorang,ditimpa sesuatu musibah ataupun mengalami tekanan perasaan yang terlampau tanpa mengadu kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan meminta pertolongan daripadaNya..

Ada yang menangis teresak-esak..

Ada yang marah tak tentu pasal..

Ada yang memaki hamun..

Ada yang mengadu domba..

Ada yang berniat untuk membalas dendam..

Ada yang hilang semangat hingga menyebabkan kewajipan ditinggalkan..

Ada yang bersendirian kosong tanpa berusaha dan berdoa..

Ada yang merokok bagi melepaskan tekanan..

Ada yang menjejakkan kaki ke kancah maksiat untuk mencari keseronokan bagi melupakan segala masalah..

Astaghfirullahal 'Azim..
mohon kita dijauhkan dari benda-benda sebegini..

Allah lah tempat kita merintih,mengadu segala masalah..

Lepaskanlah segala onak duri dalam hati yang mengganggu hidup kita selama ini..

Rintihlah apa sahaja yang terbuku dalam hati kita..

Mintalah segala macam pertolongan daripadaNya..



Hanya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Memberi Pertolongan..

InsyaAllah..hati kita akan menjadi tenang dan tenteram setiap kali kita mengingati Allah kala kita senang dan susah..

...Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenteram
(Ar-Ra'du:28)





7 comments:

anakasih said...

salam ukti, bleh taw sapa ya?=)

shafiyyah said...

w'salam suhaimah..ni kwn suhaimah msa kt kml dlu..yg skrg amik nursing kt ums..he2..salam rindu..lma kt x jmpa kn..

anakasih said...

mariam ka ya??..misterious plak, hehe

shafiyyah said...

he2..iya..

anakasih said...

maryam rupnya, lama xjumpa! salam rindu,..teruskan menulis ya! suka blog maryam ni :)

yanti said...

salam..maryam..rindunya ngan maryam =) teruskan menulis! nice blog :-)

shafiyyah said...

to anakasih & yanti : salam..insyaAllah sy akan terus cuba menulis..kalo ada slh & silap,hrp blh tlg diperbetulkn..sbb sy msh baru dlm dunia blog & penulisan..mga Allah sntiasa beri kt ilham utk berkarya..n mga kt akan ketemu lg..amin..

Post a Comment